Faces of Me

Faces of Me

What I say is.....

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi...:)

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Saturday, July 18, 2009

Ikhlaskah kita dalam bersahabat?


Sahabat adalah teman yg boleh kita luahkan perasaan, rasa hati, rasa kecewa, sedih, gembira, sendu dan hiba malah segala2nya.namun berapa keratkah antara kita yg mempunyai sahabat yg sebegitu atau adakah kita sendiri mempunyai ciri2 seorang sahabat yg boleh diharapkan?
Kdg2 kita ini sentiasa cuba memasukkan diri kita ke dalam kelompok mereka yg bergelar sahabat yg boleh diharapkan tapi selebihnya kita ini sebenarnya adalah penyibuk yang saja2 mahu mengetahui apakah rahsia yg tersimpan di dalam diri teman kita dan bukannya sgt mahu membantu apa yang sepatutnya seorang sahabat lakukan.
Kita kdg2 lebih rela menjadi hipokrit daripada menunjukkan diri kita yg sebenarnya bahawa kita bukanlah org yg sepatutnya digelar sahabat.
Untuk menjadi seorang sahabat kita sebenarnya tidak perlu berpura2 dan kita juga tidak semestinya mempunyai jalan untuk setiap permasaalahan yg diutarakan oleh teman kita. Kdg2 cukuplah kita menjadi bahu yg boleh disandarkan dan telinga yg sudi mendengar setiap luahan dan rintihan agar beban yg dipikul oleh si teman tadi bisa menjadi ringan dan menenangkan hati.
Selamilah diri kita dulu sebelum kita melabelkan diri kita sebagai seorang sahabat yg sejati kerana panggilan sahabat itu hanya layak bagi mereka yg benar2 mampu menggadaikan masa, ruang liburan, ruang minda agar segala luahan seorang teman dapat masuk ke hati dan jiwa dan kita bisa mampu untuk menenangkan hati seorang teman agar dia bisa ceria kembali seperti sebelumnya.
Sahabat akan hilang gelaran sahabatnya apabila permasaalahan yg timbul selalunya melibatkan "wang"...hahhahaa...ya bukan? Bukan semua org mampu mengorbankan harta benda dan wangnya untuk seorang teman. Rasa curiga, syak wasangka dan sebagainya selalunya akan menjatuhkan gelaran kita sebagai seorang sahabat.
Maka itu tidak heranlah bila ada yg berkata kerana wang ikatan persaudaraan antara keluarga bisa putus, apatah lagi sebuah persahabatan yang dibina atas jambatan hipokrit dan tidak logika.
Renung2kan......amer ames