Faces of Me

Faces of Me

What I say is.....

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi...:)

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Wednesday, April 21, 2010

To a special someone..specially on her birthday...

Syg..Happy Birthday..I treasure our happy moments together...

One full day in Aquaria KLCC, fulfilling Nana’s birthday wish….
































Manis untuk dikenang..indah untuk ditatap.....lots of luv...

Teristimewa buat Ary...di saat aku kesepian..

Assalamualaikum....

sudah agak lama meninggalkan blog aku ni kesepian...bukan tiada idea untuk menulis tetapi perasaan yang bercelaru menjadikan aku hilang rasa dan sentuhan untuk mencatat apa-apa di halaman ini...aku kematian rasa dan jiwa....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....:(

namun secara tiba2 kesepian yang melanda mengingatkan aku kepada seorang insan tersayang yg belum pernah aku bersua muka dengannya namun terasa begitu dekat di hati..pertalian jiwa antara aku dan dia telah menjadikan kami bagaikan adik beradik kandung..dia dapat merasakan apa yang aku rasa dan begitu juga sebaliknya...di saat ini aku amat merindui untuk bersembang dengannya di alam maya ini, bersembang ttg kehidupan, kematian, kemungkinan, sentuhan kasih sayang malahan apa saja yang terlintas di fikiran..

"Dia" yang kumaksudkan ialah teman facebook aku Barry Asmara a.k.a Ary yang telah menjadi teman di kala sunyi, sahabat di kala aku memerlukan sokongan dan adik di saat aku memerlukan sentuhan kasih syg seorang saudara kandung yang memahami rintihan dan kekalutan jiwaku...

Ary adalah seorang insan yang amat istimewa dan kerana keistimewaannya itu dia diduga Allah dengan dugaan yang maha hebat..hanya insan yang kuat semangat dan tidak berputus asa mampu melalui dugaan itu dengan tabah dan sabar..

Apa yang anda rasa andainya anda diberitahu bahawa anda sedang menghidapi penyakit yang sukar sembuh dan doktor telah menetapkan tempoh jangka hayat anda???? itulah yang dihadapi Ary..itulah yang ditempuhnya sejak 2 tahun lalu dan atas semangat juangnya untuk terus hidup dan merasai keindahan kehidupan dan alam ciptaan Allah s.w.t..6 bulan yang ditetapkan oleh doktor telah pun lupus...Ary..you did it dear..you have proofed them wrong...

Kini Ary sedang bertarung untuk sembuh..beliau sanggup terbang jauh dan berhadapan dengan rawatan yang menyakitkan dan melemahkan tubuh beliau namun tidak sesekali melemahkan semangat beliau untuk terus hidup..kerana??? kerana kami telah berjanji untuk bertemu satu hari nanti untuk sama2 terbang di dalam belon panas dan menikmati keindahan alam...promise me that you will be there Ary...promise me you will be there when I light up the balloon and we are ready to fly~~~~~~~~~



Akak akan sentiasa mendoakan kesihatan Ary agar pulih sepenuhnya..kuatkan semangat mu dik dan teruskan perjuangan untuk melawan penyakit Ary kerana doa akak, doa teman2 yang lain yang amat menyayangi dirimu sentiasa ada untukmu..xpernah lekang di hati akak ini drp mengingati Ary..cepat sembuh Ary agar hari2 yang akak lalui tidak sesunyi hari ini dan hari2 yang seterusnya sementara menunggu Ary dapat berbicara semula dengan akak di alam maya ini..byk lagi yang belum kita perkatakan ttg kehidupan, harapan, dan impian...sembuhlah dik..akak setia menantimu...

Ingat lagi puisi akak buatmu dik...


Dikau akan baik-baik saja....

Kucuba meracik untaian kata untukmu
Merenda bait-bait syair yang kutuang
Menemanimu, jika kau mahu
Memberimu semangat, meski kau tidak mahu

Meski aku tak tau banyak tentangmu
Dan sedikit cerita dari jari-jemarimu
Namun aku tahu getar hatimu
Jiwamu setegar batu karang

Tak kudengar desis laramu malam itu
“Aku tetap tersenyum” jelasmu
“Semoga cepat sembuh” harapku
Meski kau katakan badanmu sudah lumpuh
Namun semangatmu tetap teguh

Kau tahu segalanya itu kepunyaan Dia
Meski tipis antaranya kau tak kuasa menentukannya
Ary.. pungutlah yakinmu
Bahawa kau akan baik-baik saja
Aku menadah tangan
Memanjatkan doa
Agar kita bisa bertemu dan bersama-sama
Melihat indahnya pelangi senja….

a.m.e.r a.m.e.s

Ary....akak akan sentiasa ingat dan hargai kata2 Ary bahawa "Ary sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaang akak" dan akak tidak akan jemu2 untuk menyatakan pada Ary bahawa "Akak sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang Ary"..Ary sentiasa berada dlm pelukan kasih sayang akak walaupun kita berjauhan...get better, get well and be brave as Allah is testing you right now..lots of love for you.....




Friday, April 2, 2010

Sebuah Pertemuan Yang Terlewat...


Kita ditemukan disini...
Pada suatu yang tak terduga,
tak dipinta....
Kedinginan malam menjadi saksi
pada hangatnya kemesraan kita.

Kita bertemu disini...
tanpa suara dan wajah
Namun itulah yang mengikat kasih
juga rindu seorang sahabat.

Kemesraan akhirnya membuahkan kasih
gurauan membenihkan rindu,
namun apa kan daya......
Pertemuan kita sudah terlewat

Kerana kau telah dimiliki,
kasih akan ku kuburkan
rindu akan ku lemparkan
hanya kenangan yang ku simpan
Pada sebuah pertemuan yang terlewat.....

Andai tiada pertemuan....

Andai tiada pertemuan...
tiada hati yang merintih pilu
tiada jiwa berlagu rindu
tiada airmata ramah bertamu

Andai tiada pertemuan...
tiada jiwa yang akan bersatu
menyanyi lagu bahagia
berirama cinta dan setia

Andai tiada pertemuan...
tiada janji yang termeteri
bersulamkan sumpah dan ikrar
berendakan kasih dan sayang

Andai tiada pertemuan.....
tiada nostalgia menjadi kenangan
Biar pahit dan manis dirasa
semuanya kerana sebuah pertemuan.