Semalam adalah hari kelepasan untuk Selangor. Disebabkan aku tinggal dan bekerja di Selangor maka aku mengambil kesempatan itu untuk membawa rakan2ku seramai 20 org untuk pergi membuat passport berkumpulan kerana mereka akan mengikut aku ke Bukit Tinggi Indonesia Februari depan.
Adalah amat melucukan bila 20 orang mak2 org baru pertama kali dalam hidup mereka berkunjung ke Jabatan Imigresen untuk membuat pasport. Kecoh dan kelam kabut jadinya bila sesampai sajer di sana dalam pukul 8 pagi orang ramai telah memenuhi setiap ruang pejabat tersebut. Ada yang beratur mengambil nombor giliran, ada yang berdiri kerana tempat duduk tidak mencukupi, ada yang ala2 blur xtau mcm mana nak isi borang dan mendapatkan borang. mcm tu jugalah dgn kawan2 aku yang 20 org tu. Sudah aku bagi tau dari awal sesampai aje di pejabat tu 2 org wakil kena pergi ambil borang buat pasport berkumpulan tetapi disebabkan terlalu ghairah untuk buat pasport setiap mereka mengambil borang untuk individu. Apabila aku sampai mereka semua bertanya macam mana nak isi borang tu..Aku pun ketawa dalam geram. Aku suruh 2 org daripada mereka pergi semula ke kaunter dan ambil borang berkumpulan.
Bila dah dpt borang kecoh pulak saper nak jadi ketua kumpulan. Aku sudah lama mempunyai pasport antarabangsa jadi aku tidak boleh menjadi ketua kumpulan mereka. Semuanya takut nak jadi ketua kumpulan sedangkan ia hanya prosedur untuk buat pasport berkumpulan bukannya ada apa2 tanggungjawab lain. Bila aku sebutkan nama2 yang akan jadi ketua kumpulan masing2 dah x berani nak bantah. Siap aje mengisi borang aku menyuruh mereka pergi ke kaunter untuk mengambil angka giliran. Selepas mengambil angka giliran mereka dikehendaki mengukur ketinggian untuk diisi di dalam borang. Masa mengukur pun mcm2 lawak boleh jadi, last ukur ketinggian agaknya masa zaman2 sekolah dulu. Ada yg tersenyum memerhatikan gelagat mak2 org ni. aduuuiiii sabar jelah aku. apabila nombor mereka dipanggil aku turut ke depan kaunter untuk memberi penjelasan dan panduan sekiranya mereka tidak faham. aku adalah penganjur rombongan seramai 32 orang ke Bukit Tinggi ni, jadi wpun aku sudah ada pasport tapi atas dasar tanggung jawab aku sanggup bangun pagi2 mcm nak pergi kerja untuk mengiringi mereka ke Jabatan Imigresen pada hari tu. Mcm2 lawak yang kawan2 aku buat masa depan kaunter. Ada yang bagi gambar y agak lama sampai pegawai tu tegur, ada gambar baru tak? gambar ni nampak muda sgt. kami pun ketawa ramai2 kepada kawan kami itu.."woi..muka dah tua letak gambar anak dara".keh3..sampai pegawai tu pun turut ketawa. haiiii mcm2 kawan2 aku ni. Ni masih kat malaysia, esok dah sampai bukit tinggi mcm manalah havocnya mereka ditambah dgn aku yg dah mmg sedia havoc..wakakakkaka...
Selesai sajer pembayaran kami pun diberitahu bahwa pasport akan siap minggu depan. so selepas mengambil resit dan sebagainya kami pun beramai2 pergi ke restoran berdekatan untuk minum kerana aku sendiri belum makan apa2 untuk sarapan pagi.
Semasa minum mereka semua rasa gembira dan teruja dan x sabar nak ke Bukit Tinggi. Ada antara mereka yang x pernah lansung menaiki pesawat untuk ke mana2 dan ada yang lansung tak pernah bercuti ke mana2 ramai2 mcm tu. Aku termenung panjang melihatkan gelagat mereka. Aku gembira melihat mereka gembira. ada yang berterima kasih kepadaku kerana menganjurkan percutian ini kerana bukan mudah untuk mereka pergi ke mana2 tanpa mengumpul wang sedikit demi sedikit macam ala2 "kutu" mcm tu. aku terpaksa buat mcm tu sbb kalau x sampai bila pun mereka xkan menyimpan dan dpt ke mana2. Semasa minum tu mereka kata "Shida, lepas ni buat trip pergi Bali ke, Langkawi ke, asalkan ko yg buat kita org ikut"..mmmmmm ingat senang ke? kepala aku pening tau..he3..tapi demi korang xperlah..aku akan cuba yang terbaik.
So...aku pun terfikir bahawa bukan semua org dapat menikmati kehidupan ini sepenuhnya..ada yang terikat dgn rumahtangga, anak2, suami, kerja dsb. aku bersyukur kerana suamiku memahami kerjayaku, minatku dan mempercayai aku bahawa kebebasan yang diberikannya kepada aku untuk bekerja, berjalan, menjalankan tanggungjawab di rumah tidak pernah aku sia2kan. aku juga bersyukur kerana kerjaya aku membolehkan aku selalu menaiki pesawat untuk ke mana2 diseluruh Malaysia sedangkan kawan2 ku ada yang tidak mempunyai peluang itu lansung. Ya Allah, aku bersyukur di atas nikmatmu, kesihatan yang Kau berikan padaku, rezeki yang Kau limpahkan kepada keluargaku, kegembiraan yang Kau kurniakan kepada rakan2ku dan keharmonian keluargaku yang sentiasa Kau pelihara. Amiiin ya Rabbul alamin..