Faces of Me

Faces of Me

What I say is.....

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi...:)

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Wednesday, August 18, 2010

Bingkisan Doa

i love allah Pictures, Images and Photos


SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,

ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN

OLEH-MU KEPADAKU,

MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH

KERANA-MU,

DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,

CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.

NAMUN,

ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,

BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,

YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.



YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH CINTA,

CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAIMU.

YA MUHAIMIN,

JIKA AKU JATUH CINTA,

JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADAMU.

YA RABBANA,

JIKA AKU JATUH HATI,

JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADAMU.

YA RABBUL IZZATI,

JIKA AKU RINDU,

RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALANMU.



YA ALLAH,

JIKA AKU RINDU,

JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGAMU.

YA ALLAH,

JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIHMU,

JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIRMU

YA ALLAH,

JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIHMU,

JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADAMU.

YA ALLAH,

JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIHMU,

JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADAMU


Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah

Wednesday, August 11, 2010

Definisi dan ciri-ciri Al Quran

The Holy Quran Pictures, Images and Photos

Kita semua tahu apa itu Al-Quran. Kita semua baca Al-Quran. Tapi adakah kita betul-betul kenal dengan Al-Quran? Dalam kesempatan kali ini ingin saya kongsikan definisi dan ciri-ciri Al-Quran, dua perkara penting yang saya kira perlu diketahui oleh kaum muslimin dan muslimat.

Definisi Al-Quran

Definisi Al-Quran merangkumi lapan komponen. Al-Quran adalah:
Kalamullah (kata-kata Allah)
Dalam bahasa arab
Bersifat mu'jiz (mukjizat atau ajaib)
Yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
Melalui perantaraan malaikat Jibril
Disampaikan kepada manusia secara tawatur (mutawatir)
Membacanya adalah ibadah
Bermula dengan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan An-Nas
Kenapa definisi Al-Quran ini penting? Sebab dengan mengingati definisi ini akan anda boleh membezakan Al-Quran dengan kitab-kitab yang lain, serta ia membezakan antara Al-Quran dengan hadith-hadith, terutamanya hadith Qudsi. Jika seorang bukan muslim bertanya kepada anda apa itu Al-Quran, jawapan ini adalah yang terbaik untuk menjelaskannya.

Ciri-Ciri Al-Quran

Saya menyenaraikan ciri-cirinya menurut apa yang disebut oleh Dr Ammar Fadzil. Ciri-ciri Al-Quran itu ada tujuh, seperti berikut:

1. Kitab Allah

Ini bererti sumber kitab ini adalah 100% daripada Allah, yang diturunkan melalui perantaraan Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. Allah ta'ala berfirman: "

Alif Laam Raa, (inilah) satu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" (Hud: 1)

2. Kitab Yang Terpelihara

Allah ta'ala telah menjamin bahawa Al-Quran akan terpelihara daripada dulu hingga bila-bila, ini termaktub dalam firmanNya:

"Sesungguhnya kami yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya" (Al-Hijr: 9)

Segala isi Al-Quran tidak ada yang berubah sedikitpun dan bebas daripada penyelewengan sejak daripada zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang.

3. Kitab Mukjizat

Mukjizat adalah satu kelebihan yang ada pada para nabi tanpa dapat ditiru oleh sesiapa pun. Al-Quran adalah mukjizat untuk Rasulullah s.a.w dalam ertikata keagungan penulisannya, sekaligus mematahkan hujah para pakar sastera arab yang ramai pada zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa dapat meniru atau menghasilkan sesuatu semisal Al-Quran. Allah ta'ala berfirman:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri". (Al-Israk: 88)

4. Kitab yang Terang dan Jelas (Mubin)

Ini bererti Al-Quran adalah kitab yang mudah difahami untuk diambil pengajaran darinya. Ianya bukan kitab falsafah yang mempunyai ayat-ayat yang sukar difahami. Allah ta'ala berfirman:

Dan sesungguhnya kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?" (Al-Qamar: 17)


Kita dituntut untuk tadabbur dan tafakkur semasa membaca Al-Quran. Perhatikan firman Allah ta'ala:

"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?" (Muhammad: 24).


Hal di atas memang merangkumi ayat-ayat Al-Quran kesemuanya, tetapi konteksnya lebih biasa digunakan dalam menghayati ayat-ayat berbentuk peringatan, cerita atau perintah-perintah yang jelas dan umum.


Sementara dalam konteks mengambil hukum daripada Al-Quran pula, tidaklah setiap orang bebas berfatwa dengan hanya membaca Al-Quran begitu saja. Dalam sesetengah hal terutamanya hal-hal yang baru atau samar-samar; untuk membantu kita agar dapat memahami bagaimana para ulama' mengambil hukum daripada sesuatu ayat, kita memerlukan sekurang-kurangnya kepada teknik-teknik dasar yang merangkumi ilmu mengambil dalil, teknik mengambil hukum (istinbhat) dan memerlukan ilmu tentang dalil-dalil lain yang berkaitan. Saya menyarankan anda cuba menguasai teknik-teknik ini, sekurang-kurangnya secara asas. Ini kerana tidak semua hukum hanya berpandukan kepada satu dalil, banyak sebenarnya yang melibatkan interaksi antara pelbagai dalil. Mempunyai pemahaman seperti ini sesuai dengan firman Allah yang menekankan penggunaan akal fikiran dalam meneliti Al-Quran:

"Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu, penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan sebagai pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran" (Sad: 29)


Cara paling asas untuk mencari hukum daripada Al-Quran agar kita tidak tersilap, ialah dengan meneliti tafsir ayat tersebut daripada para ulama' mufassirin. Jika anda punyai keinginan yang lebih kuat, silakan pergi mendalami ilmu tafsir dengan guru-guru yang berkelayakan.

5. Kitab Agama (Ad-Din)

Kitab agama bererti Al-Quran adalah sumber kepada ilmu aqidah, ibadah, akhlak, prinsip-prinsip perundangan dan hukum-hakam. Selepas Al-Quran, sumbernya adalah As-Sunnah. Satu konsep interaksi antara kedua-dua sumber Islam ini adalah, Al-Quran lebih menekankan kepada teori dan prinsip, sedangkan As-Sunnah lebih menekankan kepada praktikaliti dan penjelas bagi Al-Quran. Hal ini jelas disebutkan dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Aishah r.a ketika ditanya tentang akhlak baginda, maka Aishah r.a. menjawab:

"Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran". (Muslim).

Kita boleh dapati dalam Al-Quran, As-Sunnah yang disebut sebagai Al-Hikmah, biasa diletakkan bersama-sama perkataan Al-kitab (Al-Quran) dalam satu ayat, seperti yang disebut dalam ayat berikut:

"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah , dan membersihkan (jiwa) mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) adalah dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran: 164)

6. Kitab Sepanjang Zaman

Ini bermakna perintah dan larangan yang ada dalam Al-Quran hendaklah diamalkan untuk setiap masa dan tempat. Dewasa ini ada usaha-usaha menyeleweng sesetengah golongan yang mengatakan kandungan Al-Quran itu ketinggalan zaman dan perlu diabaikan atau diubahsuai. Kita berlindung kepada Allah daripada golongan sebegini, dan semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Tafsiran ulama' tentang isi Al-Quran dalam hal-hal yang terperinci mungkin boleh berubah jika ditemui dalil beserta hujah lain yang mengatakan sedemikian. Tetapi ayat-ayat dan prinsip-prinsip kefahaman Quran adalah sentiasa relevan untuk setiap keadaan dan tidak mungkin tersilap sama sekali.

7. Kemanusiaan

Ini bererti Al-Quran diturunkan bukan untuk golongan-golongan tertentu sahaja, bahkan ianya meliputi setiap manusia yang ada di muka bumi ini tanpa mengira jantina, bangsa dan usia. Skop unsur kemanusiaan Al-Quran juga meliputi aspek-aspek tanggungjawab manusia sebagai khalifah, penyemaian nilai-nilai tauhid dan memberi panduan tentang aspek kehidupan seseorang manusia secara komprehensif. Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling muktamad dan sempurna.


Pengajaran Penting

Al-Quran adalah sebuah kitab yang harus kita dampingi setiap masa dan ketika. Apabila kita menganggap Al-Quran hanya sebagai bahan hantaran perkahwinan, bahan hiasan di dalam almari atau perhiasan dinding, atau hanya dibaca mengikut musim-musim tertentu, dibaca tanpa tajwid dan penghayatan, sedangkan pada masa yang sama kita tidak mengintegrasikan ajaran Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari, atau kita masih melakukan dosa dalam kehidupan seharian sekalipun kita membaca Al-Quran; maka sebenarnya kita masih belum mengambil pengajaran daripada Al-Quran. Perhatikan firman Allah ta'ala dalam ayat berikut:

"Inilah Kitab, Kami turunkan kepadamu supaya kamu keluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dengan izin Rabb (tuhan) mereka, ke jalanNya yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji" (Ibrahim:1)

Adakah kita benar-benar beramal dengan Al-Quran? Adakah benar kita mematuhi setiap perintah Allah dan RasulNya? Tepuk dada tanyalah iman.

Saturday, July 10, 2010

Doa dan harapan....tika hati dalam kesepian..



salam bloggers,

semoga anda semua dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik dan minda yang tenang...

Sudah agak lama meninggalkan ruang ini kesepian..sesepi hati ini di kala ini..kdg2 terfikir mengapa aku merasakan kesepian itu dan mengapa kesepian itu harus ada..mengapa ia datang???

emmmm..mungkin saat ini aku teramat merindukan seseorang?? atau 2 orang..atau ramai org?? aaarrgghhhhh....fikiranku mula melayang..sudah lari dr fokus..terbawa2 oleh kerinduan dan kesepian yang tak bertepi...adakah dia, mereka dan mereka semua merasakan apa yg kurasa...siksanya menanggung beban perasaann...emmmmm....

aku tak mahu membayangkan perpisahan..selama aku bernafas di bumi Allah ini, perpisahan yang amat perit bagiku ialah meninggalkan keluarga untuk merantau jauh menyambung pelajaranku di US, dan aku kehilangan arwah abahku semasa aku masih di sana..sedih dan sebak di saat kakakku menelefon dr kampung dan mengatakan bahwa abahku telah pulang ke Rahmatullah semalamnya dan telah selamat dikebumikan..aku faham mengapa kakakku tidak memaklumkan lebih awal, kerana beliau tahu aku sedang menghadapi peperiksaan, tapi aku mula memutar kembali kotak memoriku dan cuba mengingati apakah yang aku buat semalam di saat2 abahku sedang bertarung dengan maut, sewaktu abahku mencuba sedaya upaya untuk mengucap 2 kalimah syahadah buat kali terakhir..aku tidak dapat memaafkan diriku andainya di saat itu aku sdg bersukaria..Ya Allah..aku sungguh2 tidak dapat mengingati apa yg aku sdg lakukan di saat itu..tapi aku yakin, aku tidak bersukaria, aku tidak juga sedang bercanda, yang pastinya kalau di saat2 mahu menghadapi peperiksaan aku selalunya hanya akan mengurung diri di rumah, mentelaah, atau bersama2 rakan ku mengulangkaji pelajaran atau berdiskusi..ya..aku pasti itu yg aku lakukan dan aku tidaklah rasa bersalah di saat itu..

Perpisahan kedua yang amat menyentuh hatiku sehingga ke hari ini ialah pemergian arwah mak ku yg tersayang..mmg amat sukar utk aku melupakannya hingga ke hari ini..di saat ini..di tika ini..aku masih ingat secara terperinci di saat2 aku menerima berita pemergiannya dari adikku..aku terkesima, terduduk, terjelepuk tidak percaya..Ya Allah..sesungguhnya Kau yang berhak memberikan nyawa dan mengambilnya semula dari kami...aku sujud padaMu ya Allah...emakku pergi menemui Illahi keseorangan, tidak ada antara anak2nya yang menghadap beliau ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya di wad kecemasan..tapi satu peristiwa yang amat aku ingati sebelum pemergian arwah emakku ialah 1 minggu sebelum pemergiannya..

Seperti biasa aku selalunya tidak keluar ke mana2 waktu makan tengahari, aku selalunya akan menelefon emakku, menyakat dan bergurau senda dgn beliau. Pada hari itu..21hb Jun 2007 aku telah menelefon emakku yg tersyg, bertanyakan khabar, menyakat dan bergurau dgn beliau. Emak memberitahuku yg pada sabtu 23hb Jun beliau akan pergi ke kelas Haji di Tapah, beliau meminta aku memasukkan sedikit wang ke dalam akaunnya kerana beliau mahu pergi bersama2 jiran yg sama2 akan pergi ke Mekah. Aku berjanji akan memasukkan ke dalam akaunnya secepat mungkin. selepas memasukkan duit ke dalam akaunnya aku menelefon beliau semula...saat inilah yg paling sedih bila kuingati semula..dan setiap kali aku mengingatinya aku tidak dapat menahan airmata ini dari menitis..termasuklah di saat aku mengetuk papan kekunci lappy aku ini...uwaaaaaaaaaaa......:( emakku mengucapkan terima kasih kerana aku memasukkan duit ke dalam akaunnya dan beliau meminta maaf dan halalkan apa saja yang aku berikan padanya...Ya Allah..aku merasakan aku begitu kerdil sekali apabila seorang ibu berbuat begitu pada anaknya...aku sebak, pilu, terharu dan seribu rasa melanda diriku di saat itu..dan dalam sedu sedan aku berkata pada emakku.."mak, patutnya saya yang berkata mcm tu pada mak, byk jasa mak pada saya dr saya lahir sampailah saya berjaya dalam hidup, semuanya atas jasa mak, susu yg mak berikan pada saya, keringat yang mak curahkan untuk membesarkan saya, kesabaran mak mendidik saya, semuanya itu tak mungkin dapat saya balas dengan wang ringgit mak, maafkan semua salah silap saya dan halalkan makan minum saya mak" aku menangis dan menangis sampai bengkak mataku..aku cuba menahan agar kawan2 sepejabat tidak sedar aku sdg menangis..emakku di hujung talian juga menangis..aku tidak tahu mengapa emakku berkata begitu pada aku di saat itu dan mengapa aku pulak berkata begitu pada beliau di saat itu, seolah2 kami akan berpisah untuk selamanya pada saat itu...Ya Allah..itulah tanda2 dia akan meninggalkanku..dan seolah2 dia sudah tau bahawa aku tidak akan ada di depannya saat dia pergi selamanya....dan saat2 pemergiannya di subuh hari 30 Jun 2007..sewaktu beliau duduk di tikar sejadah mahu mengadap sang pencipta, tiba2 beliau diserang sakit jantung, kakak iparku yang kebetulan berada di rumah bersama2 beliau telah berusaha membawa beliau ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan..di saat itu aku baru saja melipat telekung dan adikku menelefon memberitahu emakku berada di hospital, 10 minit selepas itu sdg aku kelam kabut bersiap2 adikku menelefon lagi dan memberitahu bahawa emakku sudah pergi meninggalkan kami semua....aku terkedu, terpana..dan tiba2 aku menangis dan meraung kerana aku tidak sempat berada di sisinya..Ya Allah..di saat itu aku berharap aku berada di sampingnya, sujud dan mencium tapak kakinya memohon ampun dan maaf atas segala dosa2ku padanya kerana aku ni anak yg agak nakal dalam keluarga..tapi aku pasti emakku telah memaafkan dosa2ku..kerana perbualan terakhir kami di telefon yang bermula dgn gelak tawa akhirnya ditamatkan dgn tangisan aku dan dia...setelah 3 tahun pemergiannya masih terngiang2 di telingaku kata2nya yang terakhir, senda gurau kami yang terakhir dan tangisan beliau yang terakhir..mak...sesungguhnya aku amat2 merinduimu...

Betapa aku benci akan perpisahan..namun aku tidak dapat menahannya kerana setiap pertemuan akan ada perpisahan, setiap yang hidup pasti akan mati, setiap permulaan akan ada pengakhirannya dan aku redha walaupun hatiku berat untuk melaluinya..

perpisahan itu walaupun sebentar cuma tapi amat aku benci..kerana aku tidak suka kesunyian dan kerinduan yang melanda...saat ini aku amat merindui mereka..anak2ku yang tersayang, Nana dan Nuha, Danial mmg ada disampingku, so kalau rindu pun aku masih boleh memeluk dan mencium dia..hik3..kdg2 dia pelik juga kenapa aku tiba2 memeluk dan mencium dia..aku selalu kata sbb aku sayang dia dan satu hari aku tahu aku juga terpaksa berpisah dgn dia..kerana dia semakin dewasa dan akan ada hala tujunya sendiri...

Nana..mama sayang kamu dan tak mungkin mama akan membuang kamu dari hidup mama..walau apapun sangkaanmu terhadap mama, mama tetap sayang dan mama akan cuba lalui segala rintangan dan cobaan dalam ikatan ukhwah kita sbg anak dan ibu dgn tabah..walaupun kita kdg2 berselisih pendapat, cemburu dan merajuk, namun..tak mungkin ada pengganti kamu dalam hati mama..mama sayang Nana sampai ke akhir hayat mama...I love you syg...


Nuha..walaupun jarak dan waktu memisahkan kita tapi mama sentiasa memastikan bahawa kita dekat sentiasa, biarlah jauh di mata tetapi kamu sentiasa dekat di hati mama..kamu banyak mengajar mama ttg kesabaran, kedewasaan, dan kamulah yang memahami hati mama..terima kasih sayang...


Danial..kamulah satu2nya zuriat mama dan mama menyimpan seribu harapan pada kamu agar kamu menjadi insan yang mulia di dunia dan akhirat..mama cuba sedaya upaya memberikan kamu segalanya seperti mana emak mama memberikan mama segalanya walau dalam seribu kepayahan..belajarlah dengan tekun kerana kesenangan itu tidak akan terus dapat kita warisi andai kita tidak ada ilmu di dada. Harta hanya akan mengangkat darjat kita untuk seketika cuma tetapi ilmu dunia dan akhirat akan menjadikan kita insan yang mulia tak kira di mana kita berada...


Mama mendoakan kamu Nana dan Nuha walaupun kamu bukan anak2 yang lahir dari rahim mama, tetapi kasih sayang dan perhatian mama buat kamu berdua tidak ada kurang sedikitpun dari apa yang mama curahkan pada Danial...pada mama kamu bertiga adalah anak2 mama dunia dan akhirat..kejarlah ilmu walau di mana ia berada dan mama mendoakan kamu semua berjaya mencapai apa yang diimpikan dan semoga kamu berbahagia dengan apa yang kamu usahakan..walaupun nanti perpisahan akan berlaku antara kita tetapi percayalah..walau di mana kita semua berada di saat itu..walau dipisahkan dengan jarak dan waktu, mama tetap menyayangi dan mendoakan kamu semua..hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dan tersurat di hati mama dan akan mama bawa bersama di saat maut datang menjelma...




Salam kasih sayang dan peluk cium penuh kerinduan buat kamu anak2 mama..Nana, Nuha & Danial...

Monday, May 17, 2010

Pertemuan di Terengganu...kerinduan terubat....


Salam dan bertemu lagi rakan2 bloggers..

Perjalanan ke Terengganu yang dipenuhi dengan kemesraan, keriangan dan semangat kekeluargaan...

Tiada yang lebih membahagiakan aku apabila kehadiranku telah dapat membahagiakan orang lain..terutama insan yang aku sayang...Nuha..anak kesayanganku di Terengganu..

Dengan rasa sedih dan sayu meninggalkan Aina di KL dan aku tahu dia terlebih2 sayu lagi tapi aku juga perlu menjenguk Nuha kerana dia juga anakku...

Walaupun sudah seminggu sambutan Hari Ibu berlalu namun sbg tanda kasih sygnya dan ingatannya padaku Nuha telah menghadiahkan sekeping kad Hari Ibu yang dibuatnya sendiri..yg kononnya nak surprise untukku tp aku yg kelurusan tiba2..tp aku terharu dgn usaha dia...thanx syg..:)

dia yg sentiasa ceria....love you..

self made Mothers Day card by my Nuha

kata-kata di dalamnya membuatkan aku terharu..seorang anak yang menganggap akulah wiranya....

"Special for my Mama my Heroin....

With lots of love..Wa nak wish Happy Mothers Day..

For my Mama..

Saya bukanlah seorang wira
kerana saya
wanita biasa
Saya tidak pandai melukis
kerana saya
tidak pandai mengawal
kanvas
Saya tidak pandai bermain kata kerana
saya bukanlah seorang dramatis
Saya bukanlah anak yang
baik kerana
saya manusia biasa
Saya manusia biasa yang ingin
menyayangi, menjadi penawar hatimu..
kerana dirimu yang bernama mama..

I love you...."

Aku lihat keceriaan dan kegembiraan di matanya saat aku tiba, saat aku mencium pipinya dan saat aku memeluknya erat tanda kerinduan...

mama sayang Wa..muaahhh

aku hargai segala pertemuan walau dengan sesiapa saja..dan pemergianku ke Terengganu aku lengkapkan dengan pertemuan seterusnya dengan teman2 fb yang kebetulan berada di Terengganu. aku berkesempatan bertemu Lia Na dan Timur..seronok dpt bertemu lebih ramai teman2 fb..seeing is believing..terbukti teman2 fb aku tu wujud kerana bukan semua dlm fb tu wujud secara realiti..betul tak?? hehehe...ada gak yg menyamar tau..so..hati2 teman2 bloggers...

kegilaan aku dan Nuha berfoto telah menjerat Lia Na sekali..hik3..org Tganu yg belum pernah amik photo dgn bas kayu yg unik di Terengganu ni secara tak lansung terpaksa ikut aku berposing..nasib mu lah Lia..hik3...


me and Lia Na

belakang bas pun jadik....hik3

Nuha, Yaya, me and Lia...:)

lepas posing2 kita org pg makan2 di gerai tepi pantai..best...kat KL xder mcm tu..kalau adapun gerai kat tempat nama Pantai Dalam tapi takder pantai..hahaha...

Keesokannya..time for my departure..makin dekat waktu untuk terbang pulang, makin sayu rasa hati...tapi pertemuan seterusnya yg telah dijanjikan perlu dipenuhi..pertemuan dgn rakan fb Nuha yang juga rakan fb ku dan sekarang dah masuk dlm list anak2ku..hehehe...terima kasih untuk kasih sayang kalian..terasa bertuah menjadi ibu...

Timur Gerhana id fbnya..unik dan nama itu membuatkan aku dan Nuha benar2 ingin mengenali orangnya..apalah yang gerhana tu agaknya...hehehe

Tunggu punya tunggu dan kami sendiri hampir2 gerhana menanti si dia..akhirnya dia muncul jua....

di sebelahku itulah jejaka yg bernama Timur Gerhana

Nuha yang selama ini hanya berinteraksi dgn Timur melalui fb telah berpeluang bertemu Timur...emmm...unik Timur ni seunik namanya...kan Nuha????


Nuha and Timur

Selepas pertemuan dengan Timur aku dan Nuha bergerak ke airport untuk solat dan berehat sementara menunggu penerbanganku jam 9.20 malam..sedih dan pilu telah bersarang di sudut hati..aku cuba untuk tidak menitiskan airmata pada perpisahan kali ini namun aku tewas jua..selepas masuk ke ruang berlepas Nuha bergerak pulang ke asramanya dan sms2nya kepadaku semasa dlm perjalanan itu telah membuatkan airmataku mencurah2 bagaikan air terjun..sedaya upaya aku menahannya namun naluri keibuanku untuk melepaskan pergi anak yg tersayang telah membuatkan aku kalah..kalah pada kehendak perasaan..mama sayang anak2 mama..itu yang tersemat di hatiku..

Buat Nuha dan Nana..kamu adalah permata hati mama walau mama hanya menumpang kasih sayang anak orang..namun kasih syg mama buat kamu berdua sama banyaknya dengan kasih sayang mama buat anak mama Muhammad Danial...I LOVE MY CHILDREN...

permata hati mama

racun dan penawar mama..hehehe


Sayangilah anak2 anda dan anggaplah anak2 orang lain juga anak2 anda..maka dengan itu kasih sayang sesama insan akan terus bercambah dan mekar sepanjang zaman....


Ikhlas dari

Sunday, May 9, 2010

Indahnya pertemuan....

Salam dan bertemu lagi rakan2 bloggers..saya ni mcm biskut kan? hehehe..kejap ada kejap xder..sibuklaaa sekarang ni..sibuk melayan kawan2 di facebook, sibuk melayan tugasan di pejabat dan tak dinafikan juga kekeringan idea yang bermutu..hehehe..macam laaaa bermutu sgt karya2 saya..tp demi sebuah persahabatan dan ukhwah..naaaah..sekali lagi posting saya kali ini tentang pertemuan..pertemuan dgn anak saya sorang ni mmg dah xdinafikanlah...asal rindu jer dia ajak jumpa..hehehe..rindu dia gak..tp rancangan dia untuk temukan saya dgn seseorang pada hari istimewa mmg saya tak sangka...thanks anak mama cayang....bertambah sebuah pertemuan yang indah dlm kamus hidup saya.....muaaaaaaaaaahhhhh...love both of you....:)

5/5/2010 - lokasi - The Mines..
Sesi pekena bowling 2 games sebelum menonton Ip Man (best kung fu dia) ...dan..pemenangnya ialah...hahaha

pertemuan dgn Nana di The Mines..lama tak jumpa..rindu melanda..hahaha..itu kata Nana..:)

cewaaaahhh..nak challenge mama ya Nana..saper pemenang masukkan bola paling banyak ke dalam longkang?? hik3..:)

waaaaaaaahhhh...memang ada skil...:)

sajer nak tunjuk terror jer tu..hehehe

lepak kat taman..kat roof top dalam bangunan The Mines..Nana ni semua ceruk dia tau..hehehe

me and Nana...muaaahhhh...love u..

8/5/2010 - lokasi - KLCC dan Ampang Point Super Bowl
Sesi pra sambutan Hari Ibu

Selepas menonton The Losers dan menunggu "surprise" yg dirancang Nana..mmg surprise..keh3..

Inilah 2 mafia yang merancang surprise tu...terima kasih byk2 Arrygato De Pablo Mantoya dan Aina Ilyana untuk Hari Ibu yang u all berdua rancang..mmg happening...rasa terharu bila anak2 hargai kita...love both of u..:)

Mama dan Arry....:) - pertemuan pertama dengan Arry yang dirancang Nana tersayang...:)

gembira bersama...:)

emmmm..Nana nak sgt amik photo atas tangga..sbb dia nak nampak tinggi..hik3....

terharu dgn saat2 gembira mcm nih...:)

pertemuan di KLCC dilanjutkan ke Ampang Point Super Bowl untuk 5 games yang amat menghiburkan...waahhh...Nana tak sabar nak tunjuk skil dia tu...:)

strike!!!! strike ke syg?? hehehe

Arry sedang menunjukkan kepakarannya...steady...Arry..:)

Mama pun terror gak..sajer xnak tunjuk jer..hehehe

my sweet Nana...muaaaahhhh..:)

I love my daughter....:)

my beloved Nana..madu dan racun gak ni kdg2..hik3...muaaaahhh love you...

Istimewa buat semua ibu2 ..Selamat Hari Ibu..buat semua anak2..hargailah ibu anda walau siapapun mereka, tiada ibu yang tidak sayangkan anaknya, cuma terkadang akibat landasan fikiran yang tergeser dan serakah nafsu yang melanda maka ada ibu yang tidak mahukan anaknya..dan terkadang jua akibat nafsu kekayaan, pangkat dan darjat maka ada anak2 yang menyisihkan ibunya..ingatlah...walau apa jua keadaannya..syurga itu tetap berada di bawah telapak kaki ibu...salam kasih sayang buat anak2ku..Muhammad Danial, Aina Ilyana, Nuha Rosli, Cicie Cida Rahman, Nur Hajarul Aida, Nik Nur Nadhirah, Shakilah Aziz, Nur Zakiah, Timur Gerhana, Arrygato De Pablo Mantoya, Shazwani Kader, Nasz Razak, Nurhafizah Shuhaimi dan yang lain2..mama sayang awak semua..sayang sgt2...muaaaaaaaaaaahhhhh...:)

**aku hanya memiliki seorang anak..tetapi aku memiliki sejuta kasih syg dari anak2 yang lain....Ya Allah..aku bersyukur dengan RahmatMu...amiiin..




Wednesday, April 21, 2010

To a special someone..specially on her birthday...

Syg..Happy Birthday..I treasure our happy moments together...

One full day in Aquaria KLCC, fulfilling Nana’s birthday wish….
































Manis untuk dikenang..indah untuk ditatap.....lots of luv...