Thursday, November 25, 2010
Perpisahan
Wednesday, November 3, 2010
Bagaimana bisa aku melupakanmu...Allah tunjukkanlah jalan buatku...

Assalamualaikum rakan2 bloggers..
Seperti biasa..post2 saya selalunya memakan masa utk tiba ke halaman ini..hehehe..maaflah ya, mungkin terlalu sibuk dikejar masa dan tuntutan2 kehidupan yg lain..Tetapi sbg manusia yg terkumpul begitu byk kekurangan dan kekhilafan dgn sedar atau tanpa sedar dlm perhubungan saya sesama insan lain ada berlaku byk kekhilafan…
Saya memohon maaf atas segala kekhilafan itu..dan dlm sesebuah perhubungan itu juga hubungan kasih syg sbg sahabat, kawan, anak dan ibu, adik dan kakak telah timbul dan kdg kala tercalar atas beberapa sebab..tetapi bg saya, sekali saya menyayangi..selamanya saya akan menyayangi, namun begitu mungkin ada yg sudah tidak dapat menerima kasih syg saya..maka hubungan itu sudah tidak diperlukan lagi..oleh kerana tidak mahu terus mengharap, merindu, dan membuang kasih syg yg tidak diperlukan lagi dan untuk tidak memudaratkan diri saya maka saya tercari2 penawar yg memungkin diri saya melupakan seseorang itu..bukan niat saya untuk memutuskan silaturrahim.tetapi sakit dan peritnya hanya saya yg tahu..maka jalan yg saya ambil untuk melupakan seseorang itu perlu saya lakukan..sekiranya ada antara sahabat2 yang selama ini mencari2 jalan untuk melupakan seseorang spt apa yg saya alami maka inilah serba sedikit catatan yg saya temui dan saya kumpul dari rakan2 yg lain untuk manfaat bersama…sesungguhnya saya cuba mengelak drp meruntuhkan sebuah hubungan Hablunminnan Nas..namun saya perlu melakukan itu kerana saya percaya kini sudah masanya saya membina serta memperkukuhkan lagi hubungan HablunminAllah.. kerana kasih syg Dia tak pernah putus buat saya.. hanya saya yg kadang kala mengambil remeh akan kasih sygNya buat saya.. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah..Kau tenangkanlah jiwaku, Kau pertingkatkanlah kesabaranku, Kau peliharalah keimananku.. Kau tabahkanlah hatiku.. sesungguhnya aku begitu rapuh di dalam mengharungi dugaanMu YaAllah…
YANG PALING SEKSA IALAH CUBA MELUPAKAN SESEORANG SEDANGKAN ORANG ITU TIDAK BOLEH DILUPAKAN. DIA SENTIASA DITEMUI; DI TENGAH JALAN, DI DALAM BAS, KETIKA SAMA-SAMA MENUNGGU ANAK DI SEKOLAH, DI PASAR RAYA, DI PASAR MALAM, DI PEJABAT, DI DEWAN KULIAH MALAH DI MANA-MANA SAJA. LEBIH SEKSA KALAU ADA KENANGAN-KENANGAN TERTENTU BERSAMANYA. SETIAP KALI CUBA MELUPAKANNYA, SEMAKIN RINDU PULA JADINYA.
Begitulah hakikat hidup. Berkenalan itu jauh lebih mudah daripada cuba berpisah. Walaupun perkenalan memerlukan keberanian, kesabaran, iltizam, kesungguhan tetapi perpisahan memerlukan jauh lebih banyak daripada semuanya itu. Anda perlu berani untuk melupakannya sedangkan anda memang tidak mampu melupakannya.
Bagaimana lagi harus bersabar sedangkan anda tidak mampu mengelak. Hendak iltizam apa lagi kalau kesungguhan untuk melupakannya juga tidak kesampaian. Begitulah seksa dan deritanya detik-detik untuk berpisah. Sebab itulah jangan membina hubungan istimewa sebab perpisahan kalau terjadi pada saat begini sangat menyeksakan.
Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.”
Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.
Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya. Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa disayat sembilu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.
Tips 1..
Berikut adalah beberapa tip melupakan seseorang dan memadamkan bayang-bayang seseorang dalam hati dan memori.
* Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
* Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
* Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
* Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
* Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
* Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
* Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
* Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
* Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
* Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.
Tips 2..
Hidup yang berkat adalah dengan menyerahkan segala urusan kita hanya kepada Allah semata. Untuk menjadi insan yang beriman dan wanita solehah itu ialah dengan menjalankan segala yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Jika ketentuan dan aturan Islam itu dapat kita amalkan maka Insya Allah, kita akan dijaga oleh Allah daripada segala sesuatu yang membahayakan diri kita.
Lakukanlah amalan-amalan wajib dan tambahkanlah dengan amalan-amalan sunat. Kemudian setelah solat berdoalah dengan mengharapkan rahmat-Nya agar segala gangguan yang menghantui pemikiran kita dapat disingkirkan, cukup berdoa dengan bahasa kita sendiri yang kita fahami keinginan dan maksudnya.
Begitu lengkapnya ajaran Islam sehingga ketika ingin tidurpun ada doa yang mesti kita amalkan sehingga diri kita tidak diganggu oleh pengaruh buruk dari luar. Disamping membaca doa tidur, kita juga dianjurkan membaca surah al Fatihah, ayat Kursi, surah al Ikhlas, surah al Falaq dan surah An Nas. Dengan mengamalkan surah-surah tersebut, insya Allah dapat berperanan sebagai pendinding orang mukmin dari gangguan manusia mahupun makhluk halus.
Begitu jugalah dengan masalah yang anda hadapi, boleh mengamalkan surah-surah tersebut sebagai pendinding, namun jika ingatnya anda kepada seseorang itu kerana cinta anda yang mendalam atau rasa kasih sayang, sedangkan anda berharap kepada Allah agar dijodohkan dengannya, maka berdoalah kepada Allah agar minda anda menjadi tenang dan tidak terlalu menuruti perasaan. Wallahu A'lam.
Tips 3..
Bergaul dengan org yg soleh..
Mengadu pada ALLAH.. Yakinlah tiada satu pun dapat memudaratkan/memberi syafaat kpd kita melainkan ALLAH..
Banyakkan berdoa pada ALLAH moga2 Di beri kekuatan untuk kita menghadapi dugaan ini..
Melupakan sesorang itu susah..Sbb ia tetap ada dalam minda kita..
Cuma banyakkan berdoa dan bergaul dengan org yg soleh..
Sekurang2nya ia salah satu cara boleh lupakan seseorang itu..
Moga2 kita semua diberi kekuatan untuk hadapi dugaan dariNYA..InsyaALLAH~
Semuanya bergantung pada masJ
Jadi, sibukkan diri dan byk2 berdoa...hanya Allah mampu memberi kita kekuatan untuk menempuh dugaan ni...
Cari semula kwn2 dulu dan bahagiakan diri sendiri....jgn seksa diri...
byk2 berdoa dan tawakal...
mOga Allah akan memberi petunjuk pd kita...=)
InsyaAllah...
Tips 4..
Caranya :
1) Apa saja yang berkaitan dengan seseorang baik harta miliknya mahupun apa saja yang membuat kenangan kembali bermain di ingatan kita harus disimpan dan diletakkan jauh-jauh.
2) Kosongkan fikiran dari mengingatinya dengan melaksanakan aktiviti berfaedah agar tiada lagi ingatan tertumpu padanya.
3) Penuhi ruang ingatan dan hati dengan menyibukkan diri berzikir kepada Allah sentiasa.
Insya-Allah, tiada lagi kekusutan yang menyesakkan ruang minda dari teringatkan seseorang selepas ini.
Ada teman pula menyarankan agar saya pergi ke pantai , tulis masalah atas pasir, nanti apabila datang ombak hilanglah masalah dibawa ombak ke laut. Emmm..andai ia semudah itu alangkah tenangnya hidup saya….
Walau apapun saya berpegang kepada kata-kata “Terimalah bahawa dia bukan orang yang terbaik bagimu. Allah ambil dia balik dari hatimu dan akan gantikan seseorang yang lebih baik darinya untuk kamu.”
Namun sakit dan peritnya dibiar mengharap dan merindu sendirian membuatkan saya serik untuk menerima pengganti lagi..saya lebih rela sendiri…Wallahualam..
** Buat "dia" semoga beroleh kejayaan kerana sms2 saya, nasihat saya, larangan saya, perhatian saya, kasih sayang saya yg dianggapnya gangguan, yang dianggapnya kongkongan, yg dianggapnya tidak layak utk diluahkan kerana saya bukan saudara kandungnya, tidak akan menghantui "dia" lagi..tp andainya dia tidak berjaya, jgn salahkan org lain, kerana kdg kala rasa tidak hormat kita kepada org lain pasti akan dibalas Allah..wallahualam...
Bingkisan hati
Saturday, October 16, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Bingkisan Doa
YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.
NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADAMU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAIMU.
YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADAMU.
YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADAMU.
YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALANMU.
YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGAMU.
YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIHMU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIRMU
YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIHMU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADAMU.
YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIHMU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADAMU
Mati hanya sekali jadikannya pada jalan Allah
Wednesday, August 11, 2010
Definisi dan ciri-ciri Al Quran
Kita semua tahu apa itu Al-Quran. Kita semua baca Al-Quran. Tapi adakah kita betul-betul kenal dengan Al-Quran? Dalam kesempatan kali ini ingin saya kongsikan definisi dan ciri-ciri Al-Quran, dua perkara penting yang saya kira perlu diketahui oleh kaum muslimin dan muslimat.
Definisi Al-Quran
Definisi Al-Quran merangkumi lapan komponen. Al-Quran adalah:
Kalamullah (kata-kata Allah)
Dalam bahasa arab
Bersifat mu'jiz (mukjizat atau ajaib)
Yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w
Melalui perantaraan malaikat Jibril
Disampaikan kepada manusia secara tawatur (mutawatir)
Membacanya adalah ibadah
Bermula dengan surah Al-Fatihah dan berakhir dengan An-Nas
Kenapa definisi Al-Quran ini penting? Sebab dengan mengingati definisi ini akan anda boleh membezakan Al-Quran dengan kitab-kitab yang lain, serta ia membezakan antara Al-Quran dengan hadith-hadith, terutamanya hadith Qudsi. Jika seorang bukan muslim bertanya kepada anda apa itu Al-Quran, jawapan ini adalah yang terbaik untuk menjelaskannya.
Ciri-Ciri Al-Quran
Saya menyenaraikan ciri-cirinya menurut apa yang disebut oleh Dr Ammar Fadzil. Ciri-ciri Al-Quran itu ada tujuh, seperti berikut:
1. Kitab Allah
Ini bererti sumber kitab ini adalah 100% daripada Allah, yang diturunkan melalui perantaraan Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. Allah ta'ala berfirman: "
Alif Laam Raa, (inilah) satu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" (Hud: 1)
2. Kitab Yang Terpelihara
Allah ta'ala telah menjamin bahawa Al-Quran akan terpelihara daripada dulu hingga bila-bila, ini termaktub dalam firmanNya:
"Sesungguhnya kami yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya" (Al-Hijr: 9)
Segala isi Al-Quran tidak ada yang berubah sedikitpun dan bebas daripada penyelewengan sejak daripada zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang.
3. Kitab Mukjizat
Mukjizat adalah satu kelebihan yang ada pada para nabi tanpa dapat ditiru oleh sesiapa pun. Al-Quran adalah mukjizat untuk Rasulullah s.a.w dalam ertikata keagungan penulisannya, sekaligus mematahkan hujah para pakar sastera arab yang ramai pada zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa dapat meniru atau menghasilkan sesuatu semisal Al-Quran. Allah ta'ala berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri". (Al-Israk: 88)
4. Kitab yang Terang dan Jelas (Mubin)
Ini bererti Al-Quran adalah kitab yang mudah difahami untuk diambil pengajaran darinya. Ianya bukan kitab falsafah yang mempunyai ayat-ayat yang sukar difahami. Allah ta'ala berfirman:
Dan sesungguhnya kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?" (Al-Qamar: 17)
Kita dituntut untuk tadabbur dan tafakkur semasa membaca Al-Quran. Perhatikan firman Allah ta'ala:
"Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci?" (Muhammad: 24).
Hal di atas memang merangkumi ayat-ayat Al-Quran kesemuanya, tetapi konteksnya lebih biasa digunakan dalam menghayati ayat-ayat berbentuk peringatan, cerita atau perintah-perintah yang jelas dan umum.
Sementara dalam konteks mengambil hukum daripada Al-Quran pula, tidaklah setiap orang bebas berfatwa dengan hanya membaca Al-Quran begitu saja. Dalam sesetengah hal terutamanya hal-hal yang baru atau samar-samar; untuk membantu kita agar dapat memahami bagaimana para ulama' mengambil hukum daripada sesuatu ayat, kita memerlukan sekurang-kurangnya kepada teknik-teknik dasar yang merangkumi ilmu mengambil dalil, teknik mengambil hukum (istinbhat) dan memerlukan ilmu tentang dalil-dalil lain yang berkaitan. Saya menyarankan anda cuba menguasai teknik-teknik ini, sekurang-kurangnya secara asas. Ini kerana tidak semua hukum hanya berpandukan kepada satu dalil, banyak sebenarnya yang melibatkan interaksi antara pelbagai dalil. Mempunyai pemahaman seperti ini sesuai dengan firman Allah yang menekankan penggunaan akal fikiran dalam meneliti Al-Quran:
"Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu, penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan sebagai pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran" (Sad: 29)
Cara paling asas untuk mencari hukum daripada Al-Quran agar kita tidak tersilap, ialah dengan meneliti tafsir ayat tersebut daripada para ulama' mufassirin. Jika anda punyai keinginan yang lebih kuat, silakan pergi mendalami ilmu tafsir dengan guru-guru yang berkelayakan.
5. Kitab Agama (Ad-Din)
Kitab agama bererti Al-Quran adalah sumber kepada ilmu aqidah, ibadah, akhlak, prinsip-prinsip perundangan dan hukum-hakam. Selepas Al-Quran, sumbernya adalah As-Sunnah. Satu konsep interaksi antara kedua-dua sumber Islam ini adalah, Al-Quran lebih menekankan kepada teori dan prinsip, sedangkan As-Sunnah lebih menekankan kepada praktikaliti dan penjelas bagi Al-Quran. Hal ini jelas disebutkan dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Aishah r.a ketika ditanya tentang akhlak baginda, maka Aishah r.a. menjawab:
"Akhlak Rasulullah s.a.w adalah Al-Quran". (Muslim).
Kita boleh dapati dalam Al-Quran, As-Sunnah yang disebut sebagai Al-Hikmah, biasa diletakkan bersama-sama perkataan Al-kitab (Al-Quran) dalam satu ayat, seperti yang disebut dalam ayat berikut:
"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah , dan membersihkan (jiwa) mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) adalah dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran: 164)
6. Kitab Sepanjang Zaman
Ini bermakna perintah dan larangan yang ada dalam Al-Quran hendaklah diamalkan untuk setiap masa dan tempat. Dewasa ini ada usaha-usaha menyeleweng sesetengah golongan yang mengatakan kandungan Al-Quran itu ketinggalan zaman dan perlu diabaikan atau diubahsuai. Kita berlindung kepada Allah daripada golongan sebegini, dan semoga Allah memberi hidayah kepada mereka. Tafsiran ulama' tentang isi Al-Quran dalam hal-hal yang terperinci mungkin boleh berubah jika ditemui dalil beserta hujah lain yang mengatakan sedemikian. Tetapi ayat-ayat dan prinsip-prinsip kefahaman Quran adalah sentiasa relevan untuk setiap keadaan dan tidak mungkin tersilap sama sekali.
7. Kemanusiaan
Ini bererti Al-Quran diturunkan bukan untuk golongan-golongan tertentu sahaja, bahkan ianya meliputi setiap manusia yang ada di muka bumi ini tanpa mengira jantina, bangsa dan usia. Skop unsur kemanusiaan Al-Quran juga meliputi aspek-aspek tanggungjawab manusia sebagai khalifah, penyemaian nilai-nilai tauhid dan memberi panduan tentang aspek kehidupan seseorang manusia secara komprehensif. Al-Quran adalah manual kehidupan yang paling muktamad dan sempurna.
Pengajaran Penting
Al-Quran adalah sebuah kitab yang harus kita dampingi setiap masa dan ketika. Apabila kita menganggap Al-Quran hanya sebagai bahan hantaran perkahwinan, bahan hiasan di dalam almari atau perhiasan dinding, atau hanya dibaca mengikut musim-musim tertentu, dibaca tanpa tajwid dan penghayatan, sedangkan pada masa yang sama kita tidak mengintegrasikan ajaran Al-Quran dalam kehidupan sehari-hari, atau kita masih melakukan dosa dalam kehidupan seharian sekalipun kita membaca Al-Quran; maka sebenarnya kita masih belum mengambil pengajaran daripada Al-Quran. Perhatikan firman Allah ta'ala dalam ayat berikut:
"Inilah Kitab, Kami turunkan kepadamu supaya kamu keluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya dengan izin Rabb (tuhan) mereka, ke jalanNya yang Maha Perkasa dan Maha Terpuji" (Ibrahim:1)
Adakah kita benar-benar beramal dengan Al-Quran? Adakah benar kita mematuhi setiap perintah Allah dan RasulNya? Tepuk dada tanyalah iman.
Saturday, July 10, 2010
Doa dan harapan....tika hati dalam kesepian..


Mama mendoakan kamu Nana dan Nuha walaupun kamu bukan anak2 yang lahir dari rahim mama, tetapi kasih sayang dan perhatian mama buat kamu berdua tidak ada kurang sedikitpun dari apa yang mama curahkan pada Danial...pada mama kamu bertiga adalah anak2 mama dunia dan akhirat..kejarlah ilmu walau di mana ia berada dan mama mendoakan kamu semua berjaya mencapai apa yang diimpikan dan semoga kamu berbahagia dengan apa yang kamu usahakan..walaupun nanti perpisahan akan berlaku antara kita tetapi percayalah..walau di mana kita semua berada di saat itu..walau dipisahkan dengan jarak dan waktu, mama tetap menyayangi dan mendoakan kamu semua..hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dan tersurat di hati mama dan akan mama bawa bersama di saat maut datang menjelma...
Monday, May 17, 2010
Pertemuan di Terengganu...kerinduan terubat....
Salam dan bertemu lagi rakan2 bloggers..
Sayangilah anak2 anda dan anggaplah anak2 orang lain juga anak2 anda..maka dengan itu kasih sayang sesama insan akan terus bercambah dan mekar sepanjang zaman....




