Andai tiada pertemuan...
tiada hati yang merintih pilu
tiada jiwa berlagu rindu
tiada airmata ramah bertamu
Andai tiada pertemuan...
tiada jiwa yang akan bersatu
menyanyi lagu bahagia
berirama cinta dan setia
Andai tiada pertemuan...
tiada janji yang termeteri
bersulamkan sumpah dan ikrar
berendakan kasih dan sayang
Andai tiada pertemuan.....
tiada nostalgia menjadi kenangan
Biar pahit dan manis dirasa
semuanya kerana sebuah pertemuan.
No comments:
Post a Comment