Dari dasar hati kecil ini
Dari mulut yang penuh janji
Atas nama cinta yang suci
Serta rasa sayang setulus hati
Kuucapkan terima kasih
Terima kasih…
kau tambatkan perahu cintamu
Di pelabuhan hati kecilku
Terima kasih…
kau tapakkan rasa sayangmu
Di pulau kecil dalam diriku
Terima kasih…
kau tanam benih rindumu
Di gersangnya kalbuku
Kini….
Benih cinta yang kau tanam
Tumbuh subur dan bertunjang ke dalam
Takkan goyah oleh badai yang menghentam
Takkan sunyi oleh heningnya malam
Kuberdoa
Semoga kasih sayang kita
Takkan hilang ditelan masa
Takkan tercampur oleh semua dusta
Takkan luntur kerana usia
Moga kita selalu bersama
Mengait benang cinta
Menyulam kasih sayang kita berdua
Abadi untuk selamanya….
No comments:
Post a Comment