Faces of Me

Faces of Me

What I say is.....

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi...:)

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Wednesday, March 31, 2010

Buat Semua Teman...

Kiranya aku tiada lagi teman
akan ingatkah kalian padaku
Pada gurauan dan rajukan manja
Pada bicara tanpa wajah dan suara
yang mengisi suasana ceria

Kiranya aku tiada lagi teman..
akan rindukah kalian padaku
pada usikan nakal menduga
pada skrin ditalian cyber
yang mengisi masa-masa luangmu

Kiranya aku tiada lagi teman
kenanglah aku disudut hati kalian
Maafkan juga tiap kesalahanku
doakan kesejahteraan buat diriku
dalam kembaraku membina impian.

Saturday, March 27, 2010

Bila aku....

Buat seseorang.......



Bila aku hanya berdiam diri

menutup semua pintu bicara

tidak terbuka walau dimana

cubalah kau fikirkan

mengapa ini yang kulakukan

Jika aku terus membisu

menutup ruang kata-kata

tiada lagi madah dan pujangga

hitunglah hari kelmarin

yang mengundang resah terluka

Kiranya aku terus menyendiri

melayan kekecewaan semalam

cubalah kau bayangkan dukaku

pada hangatnya deraian airmata

yang mengalir tanpa ku pinta...

Tuesday, March 16, 2010

That's what friends are for...II

assalamualaikum bloggers,

posting ini dihantar dari Hospital Assunta ketika keboringan melanda jiwa saat2 menunggu giliran saya untuk buat satu 'check up' yg saya paling malas nak buat..he3...

pada sabtu (13hb March) yang lalu saya telah ke rumah adik di Pasir Gudang, Johor kerana menyambut hari lahir anak saudaraku yg comel Arissa Qaireen genap umurnya 1 tahun..comeynyaaaaa Arissa Qaireen mcm ibu dia masa kecik2 dulu...muaaahhhhh

Arissa Qaireen bt Pangeran Ali..comeeyyyy..kan?

amboiiiiiii....marah ke??

hari ahad (14hb March) seperti yang telah dirancang dari KL lagi saya berkunjung ke JJ Tebrau City untuk shopping, layan anak buah tengok movie kartun dan agenda penting saya ialah bertemu seorang lagi anak angkat dari facebook Nor Hajarul Aida...nurse cun dari Hospital Sultan Ismail...muaaaahhhh3..^_^

Tepat jam 3.15pm Aja sampai dan kami pun bertemu..biasalah saya yg mesra alam ni memang cepat mesra dengan saper sajer..betul tak Aja??..he3..kita orang makan2..sembang2 dan berjumpa dengan adik dan kakak saya di kenny rogers..sbb xnak boring tunggu dia org makan sbb kita org dah 'full' saya dan Aja g shopping kat JJ..

keh3..meet up with Aja..makan tempat lain..posing tempat lain..bijak2..

tumpang posing ya..KR..hik3

sebelum berjumpa ni kami dah pun sembang2 dan chat kat fb dan ym..tapi bila bertemu 4 mata ni..eh...4 ke? 8 mata kot sbb kita org dua2 pakai teropong doraemon..keh3..so sembang2 jadi lebih seronok sbb saya suka mengusik dan menyakat Aja.hik3..dan juga sambung citer tentang percintaan, cabaran dan pengorbanan...kui3..macamlah saya ni terror sgt tentang cinta..muahahaha

ada mcm mak ngan anak tak?..he3..

lebih kurang jam 5.30pm kami hantar Aja balik sampai ke hostel..berat rasanya nak lepaskan Aja balik sebab pertemuan itu terlalu singkat dan saya paling bencikan perpisahan...huhuhu..tapi memikirkan Aja penat sbb baru balik kerja...maka saya lepaskan Aja pergi dengan pelukan kasih syg dan nasihat...ingat lagi ke Aja apa nasihat mama? huhuhu....

Saya tak pernah serik dengan setiap pertemuan walaupun saya tahu setiap pertemuan akan diiringi dengan perpisahan..namun saya sentiasa mengimpikan pertemuan demi pertemuan dan andainya berpisah pun biarlah ia disambung dengan pertemuan semula...

Saya, Aja dan Amirul Amri (abang Arissa Qaireen)

saya dan Aja..bila lagi boleh jumpa ek???

buat Aja..mama treasure all the sweet moments with you..tabahkan hati melalui hidup ini kerana kehidupan adalah satu perjudian..terpulang pada kita bagaimana mahu mengendalikannya..mama sentiasa doakan ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan Aja...mama berdoa moga kita berjumpa lagii..muaahhh3....mama love you..


bersahabat biar kekal sampai akhir hayat

Sunday, March 7, 2010

That's what friends are for...

Salam hari minggu...

Semalam telah dilalui sekali lagi dengan penuh kemanisan, kenangan dan keindahan...
Tiada yang lebih bermakna dalam kehidupan saya melainkan sebuah perhubungan persahabatan yang sentiasa saya harapkan berkekalan hingga akhir nanti.. saya jenis manusia yang suka berkawan dan andainya ada peluang saya suka bertemu dengan sahabat2 saya, berbicara, dan beramah mesra..itu lebih ikhlas pada saya..

Semalam 6hb March 2010 saya bertemu dengan 2 orang teman dari facebook saya, seorang masih muda dan saya anggap macam anak saya dan beliau juga memanggil saya "mama" sementara seorang lagi sudah saya anggap seperti adik saya dan beliau memanggil saya kak shida..
Pertemuan pertama saya, Iena dan Aina (Nana)

Walaupun sebentar cuma namun kemesraan tetap terasa..

Saya dan Nana sebelum menonton Niyang Rapik..

Mama dan Nana

Tiada banyak aktiviti kami semalam namun hari2 indah semalam dipenuhi dengan beramah mesra dan bergelak ketawa..itulah memori manis sebuah persahabatan..
Sepanjang perjalanan hidup saya, saya tidak mahu berhenti dari memiliki lebih ramai sahabat dan biarlah hubungan ini sentiasa ikhlas dan ceria..

Sebelum semalam saya juga telah bertemu dengan 2 anak2 dari facebook, yang pada asalnya saya mengenali adiknya tetapi secara tidak lansung telah turut mengenali kakaknya..itulah indahnya sebuah perhubungan dan pertemuan..

Saya, Muhammad Syafwan dan Nor Hafizah..bertemu di KLCC

2 beradik yang cute...:)

Terima kasih buat semua sahabat2, anak2 dan adik2 yang saya kenali dari apa juga laman persahabatan dalam ruang maya ini..I love you all and I treasure our friendship till the end of my journey...

Tidak lupa jua buat anak angkat saya yang tersayang..rindu dengan dia dan rindu untuk bertemu lagi..mama doakan anak2 mama semua sihat2 dan sukses dalam apa jua yang diusahakan..

Anak angkat tersayang..Nuha..


Salam persahabatan yang tulus ikhlas...

Thursday, March 4, 2010

Fenomena Alam atau Azab Allah???

Assalamualaikum...buat semua teman bloggers dan pengikut halaman blog saya yang amat saya sayangi..

Semakin kita meniti usia dan semakin hari menginjak masa kita melalui peristiwa2 yang semakin mencabar minda, keimanan, pandangan politik, keintelektualan dan sebagainya. Semakin lama alam semakin dikhianati dengan kerakusan manusia sehinggakan segala yang berlaku di alam ini dikaitkan dengan kebesaran Allah seolah2 itulah takdir..namun tiada yang mahu mengakui bahawa alam ini semakin dikasari, dikhianati, dicemari, dirakusi oleh tangan2 manusia yang mengejar kebendaan dan kepuasan...



Antara kejadian gempa bumi dan letupan gunung berapi..yang manakah fenomena alam..yang manakah akibat kerakusan manusia????

Sudah acapkali kita mendengar tentang kerosakan dan ketipisan lapisan ozon, pencemaran alam, pencemaran air, pencemaran udara dan sebagainya, tapi hanya segelintir yang benar2 faham dan berusaha untuk memulihkannya.. sudah beratus2 konvensyen antarabangsa yang melibatkan jutaan ringgit untuk memanggil pemimpin2 dunia duduk di dalam satu dewan dan mencapai kata sepakat namun alam tetap begitu..tetap dicemari, tetap dirakusi, tetap dicabuli..

Di Malaysia sendiri alam dicabuli, hutan2 simpan digondoli, sungai2 dikotori dengan najis2 binatang dan manusia, udara dicemari dengan asap2 kilang dan kenderaan, bukit2 diratah dan diratakan demi pembangunan dan kepentingan poket2 usahawan dan politikus..hutan simpan yang dulunya dijaga dan digazetkan kini terbuka bebas kepada mereka yang punya wang dan sudi menerima wang tanpa memikirkan akibatnya kepada alam dan manusia sejagat..

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Malaysia tidak mendatangkan rasa serik kepada mereka yang mahu mendabik dada dengan kemewahan..bukit2 terus digondolkan demi menunjukkan prestij dan kekayaan..

Siapa yang merasakan akibatnya??? Alam, manusia, haiwan. tumbuh2an atau dunia sejagat????

Adakah fenomena alam ini benar2 fenomena alam atau azab dari Allah akibat daripada perbuatan kita yang gagal menjaga dan memelihara setiap kejadianNya??

Kita terlalu meminta daripadaNya tetapi jarang sekali membalas pemberianNya.. Dia sebagai pencipta, yang maha pengampun dan penyayang tidak pernah meminta apa2 dari kita melainkan meminta kitamenjaga dan memelihara setiap kurniaaNya dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang..beramal dan beribadah padaNya kerana mati itu pasti..dan segala amal kita di dunia adalah bekalan untuk kita di akhirat..

Letupan gunung berapi di bawah laut yang mengakibatkan kejadian Tsunami di beberapa negara pada tahun 2004..Malaysia turut merasakan tempiasnya..masihkah kita mahu mendabik dada????

Kita seringkali mendabik dada bahawa negara kita adalah kawasan yang paling selamat tanpa gempa bumi dan letupan gunung berapi..namun kita tidak sedar bahawa sekiranya Dia yang maha berkuasa mahukan sesuatu terjadi maka akan terjadilah ia..Kun Fayakun... dan sentiasa beringatlah kita akan kejadian Tsunami yang pertama melanda negara kita pada tahun 2004? Itu hanya tempias yang kita dapat akibat dari kejadian alam di Negara jiran..tanpa diduga bukan? jadi masihkah kita mahu mendabik dada akan kekuasaan yang ada padaNya?

Memang kita tak punya gunung berapi yang boleh meletus dan memusnahkan, memang kita tak punya gempa bumi yang boleh menghancurkan bangunan2 kemegahan kita dan tempat2 tinggal mewah yang kita bina di lereng2 bukit..tapi sedarkah kita akan kekuasaanNya yang boleh menyebabkan letupan gunung berapi dan gempa bumi dari negara jiran membabitkan anjakan paksi bumi dan negara2 yang terdekat juga akan menerima akibatnya..termasuklah Malaysia yang kita cintai..


Kejadian gempa bumi di Chile pada bulan Februari 2010 lalu pada 8.8 skala Richter telah mengakibatkan Tsunami..dapatkan teknologi moden menghalangnya dari berlaku???

Kejadian gempa bumi di Chile baru2 ini telah menyebabkan hari menjadi semakin pendek. Gempa bumi pada 8.8 skala Richter itu telah menganjakkan paksi bumi sebanyak 8 sentimeter..renungkanlah...walaupun hanya bergerak sebanyak 8 sentimeter tetapi telah mengakibatkan perubahan kepada putaran masa..mampukah kita menahan ia dari berlaku???

Chile mengalami gempa bumi yang lebih dahsyat sebelum ini..iaitu pada tahun 1960 dengan gegaran pada 9.5 skala Richter.. Gempa bumi ini terjadi di bawah Samudera Pasifik melepasi pantai Chile. Gempa ini mengakibatkan gelombang setinggi 18 kaki hingga mencecah Pulau Honshu di Jepun sekitar 22 jam setelah gempa bumi terjadi. Selain Jepun, akibat daripada gempa bumi ini juga dirasakan di Hawaii, pesisir pantai barat Amerika, Filipina dan Kepulauan Samoa. Maka..sedarlah bahawa tidak mustahil sekiranya kejadian2 yang terjadi di negara2 jiran kita akan sampai juga akibat dan kesannya kepada kita..janganlah kita terlalu angkuh dan berasa cukup selamat dengan kedudukan negara kita..Allah yang Maha Berkuasa....

Kejadian banjir di Malaysia bukan lagi disebabkan fenomena alam tetapi lebih kepada kerakusan dan kejahilan manusia tentang penjagaan alam..

Kejadian banjir tidak lagi dianggap sebagai fenomena alam malahan dianggap musim2 yang pasti terjadi mengikut bulan2 tertentu..tetapi sekarang ia bukan lagi mengikut musim, ia berlaku apabila Allah mahukan ianya berlaku..selama ini kita selalu mengaitkannya dengan musim tetapi pernahkah kita terfikir bahawa banjir itu berlaku kerana kecuaian manusia menjaga alam?? Selama yang kita tahu bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan adalah kawasan ais batu,, tetapi kejadian alam yang berlaku baru2 ini amat membimbangkan..ais batu di Kutub Utara telah mula mencair..ini menunjukkan bahawa pemanasan global berlaku dengan lebih pantas daripada yang kita jangkakan..apakah ini fenomena alam atau azab Allah akibat dari kelalaian kita menjaga alam??? Apakah satu hari nanti air akan lebih banyak dari daratan???


Sudah banyak kejadian yang dipamerkan di hadapan kita, sudah begitu banyak kemusnahan yang berlaku akibat dari kerakusan manusia, apakah ia benar2 fenomena alam atau azab Allah??


Apakah usaha kita untuk mengurangkan kejadian2 pemusnahan alam ini? adakah kita mahu mengambil bahagian atau kita sekadar membaca di halaman2 berita dan mengeluh setiap kali ianya berlaku dan mengeluh lagi bila kejadian2 ini akan berakhir, mengeluh kerana kita tidak bisa lagi bergerak bebas di siang hari, tidak bisa tidur lena di malam hari dan tidak bebas untuk melakukan aktiviti2 yang selalunya mengalpakan kita..mengapa kita tidak mahu mengkaji apa yang tersirat di sebalik yang tersurat ini???


Aku belum puas menikmati keindahan kejadianmu Ya Allah..aku masih mahu mersakan ketakjuban air terjun yang berpunca dari mata air yang maha halus..

Aku masih mahu menikmati keindahan lembayung senja..

Aku masih belum puas menikmati ungu warna mentari di senja hari

Masih bisakah aku terus menatap biru warna langit???

Aku mahu terus mendengar deburan lembut ombak memecah pantai..bukannya ribut Tsunami yang membunuh....

Aku masih mahu menatap birunya laut tanpa kerakusan manusia yang meragut...

Akan bisakah lagi aku menikmati keindahan warna pelangi di sisi laut yang membiru...???

Sekiranya kita tidak bisa bepergian sesuka hati di siang hari kerana kepanasan mengapa tidak kita duduk di surau2 yang sejuk dan dingin dan membaca Al Quran dan terjemahannya tentang kejadian manusia dan alam.. jika kita tidak bisa melelapkan mata di malam hari sehingga jam 3 atau 4 pagi mengapa tidak kita buat solat2 sunat taubat, syukur, tahajud dan sebagainya kerana kalau kebiasaannya kita mahu melakukannya sendiri di waktu2 senggang amat sukar untuk kita bangun pada 1/3 malam, tapi kini kita tidak perlu dikejutkan kerana kita sendiri sudah sedia terjaga..bukankah itu satu peringatan dari Allah??? Mengapa terus mengeluh dan mengeluh..jadikan setiap kejadian yang berlaku itu sebagai satu peringatan dari Allah..Dia tidak pernah meminta, tapi Dia tidak pernah lupa untuk memperingatkan hambaNya..terpulang pada kita samada mahu sedar atau terus lalai dengan kemewahan dan keseronokan duniawi.. Wallahualam....


Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan merekapun mati bergelimpangan di dalam reruntuhan rumah mereka (Al Quran Surat Al A’raf ayat 78 dan ayat 91).

Ada antara kejadian2 yang berlaku telah diceritakan di dalam Al Quran, gunakan lah waktu2 yang kita tidak boleh melelapkan mata itu dengan membaca Al Quran dan memahami maksud dan isinya...

Subhanallah...maha besar Allah yang menjadikan sekalian makhluk dan alam...

Wednesday, March 3, 2010

Perjalananku...Tour to Padang & Bukit Tinggi Indonesia

Assalamualaikum buat semua teman2 bloggers..

sudah agak lama saya meninggalkan halaman ini kerana kesibukan tugas dan acara putar2 Padang dan Bukit Tinggi..hehehe..Sebagai organiser banyak perkara yang perlu saya ambil kira kerana bukan mudah untuk menguruskan mak2 orang seramai 32 org..but..it was really fun, unforgettable moments for all of us...pertama kali bepergian beramai2...

Terdapat 2 grup dalam rangka lawatan sambil membeli belah di Padang dan BUkit Tinggi ini. Grup pertama seramai 13 orang berlepas ke Padang pada 25hb Februari, grup terpecah dua angkara tiket2 yang dijual Air Asia mengalami kesilapan teknikal..bengong punya Air Asia..keh3..

Oleh kerana saya Ketua Rombongan..so pada subuh2 25hb saya menghantar grup yg pertama ke LCCT Sepang sehinggalah mereka selamat menaiki pesawat..

Setibanya saya di rumah mereka juga telah selamat mendarat di Padang..agak singkat kan?? sebab penerbangan cuma mengambil masa 45minit ke 50minit saja.

Grup yang kedua seramai 20 orang termasuk saya berlepas ke Padang pada 26hb Februari pada jam 7.40 pagi..dan kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Minangkabau, Padang pada jam 8.00 pagi waktu tempatan.. waktu di Malaysia dan Padang hanya berbeza 1 jam..waktu Padang lewat sejam dari Malaysia..

sebaik tiba di Minangkabau International Airport, Padang

Sebaik tiba di Padang kami dibawa terus menuju ke Anai Valley, iaitu sebuah air terjun yang cantik terletak hanya di tepi jalan..mengikut kata Ujang (tour guide kami) air itu amat berkhasiat utk awet muda jika disapu ke muka..di mana kebenarannya tak tahulah saya..tapi terpengaruh juga lah dgn kata2 ujang so saya pun turut menyapu air dari aliran air terjun itu ke muka..manalah tau kot2 boleh awet muda..hahaha..

Bergambar di Anai Valley..posing maut tuu..kalau jatuh memang maut..hahaha

Selepas Anai Valley kami menuju ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang..di sinilah Den Wahab mendapatkan informasi mengenai kebudayaan Minang untuk teaternya..

Bangunan Pusat Dokumentasi ini berukir cantik dan setiap ukiran mempunyai maksud yang tersendiri..itu yang diceritakan Ita (narrator) yg bertugas di pusat ini..

Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang

Inilah Ita..kata Ujang ini adik ipar dia..yalah tuuuuu....hehehe

Banyak informasi yang kami dapat melalui penerangan Ita, keunikan rumah gadang dan setiap bilik2 di dalam rumah gadang itu mempunyai maksud yang tersendiri, memang menarik dan cantik dihiasi ukiran tangan yang amat unik.

Kami juga berpeluang memakai pakaian pengantin minang dengan bayaran yang amat murah..apalagi....kawan2 saya pun mulalah berposing maut dengan pakaian yang maha berat dan tebal di tengah2 panas tuu..nak cantik punya pasal ..hentam sajalah labuuuu..walaupun kebanyakan drp kwn2 saya tu dah lama jadi pengantin dan byk alignment dan balancing dah lari..wakakakaka....siksa saya melihatnya..

sabor jelah tunggu pengantin2 yang dah lari alignment tu keluar..hahaha


bolehlaaaaa.....asalkan korang puas hati...kuikuikui..

Dah penat dan berpeluh berposing kami pun menuju ke Restoran Pak Datuak/Pak Datuk yang cukup terkenal di Bukit Tinggi ni untuk menjamu selera dengan nasi padang yang terkenal dengan lauk pauk yang pelbagai...sedaaaap wa cakap luuu...hancuuuuusss diet saya selama 3 hari tuuu..huhuhu...

bergambar di hadapan Restoran bapak dan datuk mentua x jadi ku..ngeh3..

memang sedap2 dan pelbagai lauknya..manalah mampu aku menolaknya..huhuhu

Selesai sahaja menjamu selera maka bermulalah aktiviti menghabiskan duit...hahaha..kami menuju ke 3 buah butik sulaman untuk membeli belah telekung sulam goyang / ayak yang teramat halus dan eksklusif serta kain2 ela yang bersulam untuk baju kurung dan kebaya..apalagiiiiiii....shooooopppingggg time...yehaaaa.....




antara kain2 dan barangan yang bersulam dan harganya taklah semahal di Malaysia..shopping sakan kita org..

bergambar bersama tuan punya salah satu butik sulaman -- Cany Sulaiman

Selesai membeli belah sampai ke senja kami pun menuju ke hotel, berehat. solat dan keluar semula untuk makan malam..sesampainya di hotel terdapat orang yang berjualan di kaki lima hotel..mereka ini digelar peniaga2 Pasar Kaget..iaitu peniaga2 yang instant..bila mereka lihat ada tamu baru di hotel mereka dengan segera akan membuka kedai dan brg2 jualan di kaki lima..apalagi..kawan2 saya x habis2 lagi shopping..sebelum check in hotel sempat lagi shopping blouse, telekung, kain pelikat dan sebagainya yang jauh lebih murah dari harga di butik..hahaha..tipah tertipuuuu...blouse yang dijual di Malaysia pada harga rm35 di Pasar Kaget harganya cuma rm18 selepas urusan tawar menawar...huhuhu..saya pun beli gak..xleh tahaaannnn....

Pasar Kaget ini bukan sahaja terdapat di kaki lima hotel tempat kami menginap malahan tiap kali kami keluar untuk makan malam peniaga2 ini akan mengekori bas kami dan di mana kami berhenti untuk makan di situlah mereka membuka bahan jualan mereka....abih camno nak tahan hati daripada membeli..huhuhu... godaaaaaannnn...

inilah Pasar Kaget..kami pun turut kaget sebab peniaga2 ni begitu cepat membuka barang2 jualan mereka...ngeh3....tiba2 jer dah ada..hehehe

Hari kedua di Bukit Tinggi kami menuju ke Tasik Maninjau yang amat terkenal seawal jam 6 pagi kerana semalamnya kami berasa amat kecewa kerana tidak dapat melihat suasana romantis matahari terbenam kerana cuaca berkabus..walaupun hari ni tak dapat melihat suasana tersebut tapi sekurang2nya kami dapat melihat tasik itu yang terbentuk daripada kawah gunung berapi...dan kedalamannya melebihi 200 meter..dalam tuuuuu....


keindahan Tasik Maninjau...

Beginilah indahnya waktu matahari terbenam di Tasik Maninjau..kami terlepas peluang ini..(photo ihsan dari Ujang..tour guide kami)

Selepas puas menikmati keindahan dan mengambil photo di Tasik Maninjau, kami menuju ke Istana Pagaruyong iaitu istana Kesultanan Minangkabau..istana asalnya telah terbakar pada tahun 2008 dan istana baru masih dalam pembinaan, kami hanya berpeluang mengambil photo dari luar pagar. Selepas itu kami menuju ke Istana Peribadi waris kesultanan Pagaruyong tetapi sekali lagi kami tidak dapat masuk ke dalam istana kerana mesyuarat sedang berjalan..namun puas hati juga dapat berphoto di luar istana...sambil membeli ciku yang amat manis dan besar2 serta murah pulak tu yang dijual peniaga2 di dalam kawasan istana....beliiiii lagiiii....keh3


Istana Pagaruyong yang masih dalam pembinaan setelah istana asal musnah dalam kebakaran..

Istana salah seorang waris Kesultanan Pagaruyong

Bergambar di hadapan istana waris Kesultanan Pagaruyong

Selepas berjalan2 di sekitar istana kami menuju ke tengah2 sawah padi di mana terletaknya restoran untuk kami menjamu selera makan tengahari....makaaaaan lagiiiii....Nasi Padang....yessss....he3..Di restoran ini menunya agak unik kerana terdapat ikan bakar yang fresh dan ikan2 ini dibela sendiri oleh tuan punya restoran di dalam sawah yang dijadikan kolam...mmmm..saper tak makan ikan darat rugi besar oooooo....kih3..


Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Ngarai Sianok iaitu sebuah lembah yang terbentuk hasil daripada gunung berapi yang meletus dan terbelah menjadi dua..Lembah Ngarai terletak di tengah2 gunung berapi yang merekah itu...dan berdekatan dengan Ngarai Sianok ialah Lubang Jepang ataupun lubang jepun yang merupakan terowong yang dibina oleh Jepun semasa Perang Dunia Ke2..tetapi pembinaan terowong ini tergendalah apabila Jepun kalah semasa Perang Dunia ke2 tersebut.. Terowong ini amat luas dan menurut Ujang bas yang membawa kami juga boleh memasuki terowong itu..begitulah keluasannya....
Pemandangan Ngarai Sianok

Lubang Jepang

Destinasi kami seterusnya ialah ke Pusat Sulaman Hajjah Rosma, iaitu pusat mengajar anak2 muda perempuan di Bukit Tinggi dan sekitarnya tentang seni sulaman. Sulaman Hajjah Rosma terkenal dengan kualiti yang tinggi dan harganya agak mahal jika dibandingkan dengan butik2 sulaman yang lain.Hajjah Rosma menyediakan asrama untuk anak2 muda ini belajar ilmu sulaman dan ada juga negara2 lain yang turut menghantar pelajar2 ke Pusat Sulaman Hajjah Rosma ini untuk belajar termasuklah Malaysia..





Suasana di Pusat Sulaman Hajjah Rosma, Kerajaan Negeri Kelantan turut menghantar pelajar ke Pusat ini untuk belajar seni sulaman.

Destinasi terakhir kami sebelum balik ke hotel dan berkemas2 sebelum balik ke tanah air awal2 pagi esoknya ialah Jam Gadang iaitu mercu tanda Bukit Tinggi..Jam Gadang ini dipercayai dibina daripada putih telur..di mana kebenarannya Wallahualam min sawab..dah penat menaip malas nak jawab..keh3....



Akhirnya setelah sekian lama berchatting di ym berjumpa juga saya dgn As (wife ujang) tapi nasa begitu pendek untuk kami ketawa gembira mcm dalam ym..huhuhu

Inilah mercu tanda Bukit Tinggi...Jam Gadang

Bergambar kenangan di hadapan Jam Gadang

Maghrib hampir tiba..kami pun meninggalkan perkarangan Jam Gadang dan menuju ke hotel penginapan...balik mandi, solat dan bersiap pula untuk keluar menonton persembahan Tarian Minang oleh Kumpulan Sanggar Seni yang begitu terkenal di Bukit Tinggi, selepas menonton persembahan Ujang akan bawa kami untuk makan malam yang terakhir di Bukit Tinggi..Ujang dah janji nak belanja Bakso yg paling sedap di Bukit Tinggi dan belanja durian lagiiiii....yessss....


Selesai menonton persembahan tarian minang kami pun menuju ke tempat makan..Bakso... dan.....durian seperti yang Ujang janjikan...hahaha

Bakso paling sedap..macam mihun sup tapi meat ballnya amat special..sluurppp...

Seronoknya makan durian free ek...he3..

So..selesai acara makan2 malam tu kami pun balik ke bilik untuk berkemas kerana seawal jam 4.30 pagi kami akan bertolak ke Minangkabau Airport, Padang kerana penerbangan kami balik ke Malaysia ialah pada jam 8.40 pagi...


Keesokannya..jam 4.00 pagi semua bagasi dikumpulkan untuk dimuatkan ke dalam bas yang nyatanya memang x muat bas..Astaga..apalah yg dia org ni borong sampai x muat bas...nasib baiklah ada Ujang..selamat lah kami semua...kalau tak pengsan bayar denda berat bagasi melebihi kuota..huhuhu...


Inilah Ujang..our best tour guide ever...we miss your jokes Ujang..the best joke ...Nang Kenek..akan ku kenang hingga akhir nanti..hahaha

Penghujung perjalanan ini saya bersyukur kerana inilah pertama kali saya mengendalikan rombongan ke luar negara sebesar ini dengan jayanya..Terimakasih buat semua teman2 yang menyertai dan juga Ujang yang banyak membantu..jelas sekali kegembiraan dan kepuasan hati yang terpamer pada wajah rakan2 semua..can't wait for the next tour....Jakarta - Bandung...huhuhu..ada yang dah daftar nama...he3...

Untuk mereka yang sudi membaca blog ini..terima kasih..untuk lebih banyak photo2 yang menarik silalah ke laman facebook saya...jumpa lagiiii....wassalam...

Jauh perjalanan... luas pandangan... bertambah pengalaman.. makin ramai teman..