Semakin kita meniti usia dan semakin hari menginjak masa kita melalui peristiwa2 yang semakin mencabar minda, keimanan, pandangan politik, keintelektualan dan sebagainya. Semakin lama alam semakin dikhianati dengan kerakusan manusia sehinggakan segala yang berlaku di alam ini dikaitkan dengan kebesaran Allah seolah2 itulah takdir..namun tiada yang mahu mengakui bahawa alam ini semakin dikasari, dikhianati, dicemari, dirakusi oleh tangan2 manusia yang mengejar kebendaan dan kepuasan...
Di Malaysia sendiri alam dicabuli, hutan2 simpan digondoli, sungai2 dikotori dengan najis2 binatang dan manusia, udara dicemari dengan asap2 kilang dan kenderaan, bukit2 diratah dan diratakan demi pembangunan dan kepentingan poket2 usahawan dan politikus..hutan simpan yang dulunya dijaga dan digazetkan kini terbuka bebas kepada mereka yang punya wang dan sudi menerima wang tanpa memikirkan akibatnya kepada alam dan manusia sejagat..
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Malaysia tidak mendatangkan rasa serik kepada mereka yang mahu mendabik dada dengan kemewahan..bukit2 terus digondolkan demi menunjukkan prestij dan kekayaan..
Siapa yang merasakan akibatnya??? Alam, manusia, haiwan. tumbuh2an atau dunia sejagat????
Adakah fenomena alam ini benar2 fenomena alam atau azab dari Allah akibat daripada perbuatan kita yang gagal menjaga dan memelihara setiap kejadianNya??
Kita terlalu meminta daripadaNya tetapi jarang sekali membalas pemberianNya.. Dia sebagai pencipta, yang maha pengampun dan penyayang tidak pernah meminta apa2 dari kita melainkan meminta kitamenjaga dan memelihara setiap kurniaaNya dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang..beramal dan beribadah padaNya kerana mati itu pasti..dan segala amal kita di dunia adalah bekalan untuk kita di akhirat..
Letupan gunung berapi di bawah laut yang mengakibatkan kejadian Tsunami di beberapa negara pada tahun 2004..Malaysia turut merasakan tempiasnya..masihkah kita mahu mendabik dada????
Kita seringkali mendabik dada bahawa negara kita adalah kawasan yang paling selamat tanpa gempa bumi dan letupan gunung berapi..namun kita tidak sedar bahawa sekiranya Dia yang maha berkuasa mahukan sesuatu terjadi maka akan terjadilah ia..Kun Fayakun... dan sentiasa beringatlah kita akan kejadian Tsunami yang pertama melanda negara kita pada tahun 2004? Itu hanya tempias yang kita dapat akibat dari kejadian alam di Negara jiran..tanpa diduga bukan? jadi masihkah kita mahu mendabik dada akan kekuasaan yang ada padaNya?
Memang kita tak punya gunung berapi yang boleh meletus dan memusnahkan, memang kita tak punya gempa bumi yang boleh menghancurkan bangunan2 kemegahan kita dan tempat2 tinggal mewah yang kita bina di lereng2 bukit..tapi sedarkah kita akan kekuasaanNya yang boleh menyebabkan letupan gunung berapi dan gempa bumi dari negara jiran membabitkan anjakan paksi bumi dan negara2 yang terdekat juga akan menerima akibatnya..termasuklah
Kejadian gempa bumi di
Kejadian banjir tidak lagi dianggap sebagai fenomena alam malahan dianggap musim2 yang pasti terjadi mengikut bulan2 tertentu..tetapi sekarang ia bukan lagi mengikut musim, ia berlaku apabila Allah mahukan ianya berlaku..selama ini kita selalu mengaitkannya dengan musim tetapi pernahkah kita terfikir bahawa banjir itu berlaku kerana kecuaian manusia menjaga alam?? Selama yang kita tahu bahawa Kutub Utara dan Kutub Selatan adalah kawasan ais batu,, tetapi kejadian alam yang berlaku baru2 ini amat membimbangkan..ais batu di Kutub Utara telah mula mencair..ini menunjukkan bahawa pemanasan global berlaku dengan lebih pantas daripada yang kita jangkakan..apakah ini fenomena alam atau azab Allah akibat dari kelalaian kita menjaga alam??? Apakah satu hari nanti air akan lebih banyak dari daratan???
Sudah banyak kejadian yang dipamerkan di hadapan kita, sudah begitu banyak kemusnahan yang berlaku akibat dari kerakusan manusia, apakah ia benar2 fenomena alam atau azab Allah??
Apakah usaha kita untuk mengurangkan kejadian2 pemusnahan alam ini? adakah kita mahu mengambil bahagian atau kita sekadar membaca di halaman2 berita dan mengeluh setiap kali ianya berlaku dan mengeluh lagi bila kejadian2 ini akan berakhir, mengeluh kerana kita tidak bisa lagi bergerak bebas di siang hari, tidak bisa tidur lena di malam hari dan tidak bebas untuk melakukan aktiviti2 yang selalunya mengalpakan kita..mengapa kita tidak mahu mengkaji apa yang tersirat di sebalik yang tersurat ini???
Sekiranya kita tidak bisa bepergian sesuka hati di siang hari kerana kepanasan mengapa tidak kita duduk di surau2 yang sejuk dan dingin dan membaca Al Quran dan terjemahannya tentang kejadian manusia dan alam.. jika kita tidak bisa melelapkan mata di malam hari sehingga jam 3 atau 4 pagi mengapa tidak kita buat solat2 sunat taubat, syukur, tahajud dan sebagainya kerana kalau kebiasaannya kita mahu melakukannya sendiri di waktu2 senggang amat sukar untuk kita bangun pada 1/3 malam, tapi kini kita tidak perlu dikejutkan kerana kita sendiri sudah sedia terjaga..bukankah itu satu peringatan dari Allah??? Mengapa terus mengeluh dan mengeluh..jadikan setiap kejadian yang berlaku itu sebagai satu peringatan dari Allah..Dia tidak pernah meminta, tapi Dia tidak pernah lupa untuk memperingatkan hambaNya..terpulang pada kita samada mahu sedar atau terus lalai dengan kemewahan dan keseronokan duniawi.. Wallahualam....
Ada antara kejadian2 yang berlaku telah diceritakan di dalam Al Quran, gunakan lah waktu2 yang kita tidak boleh melelapkan mata itu dengan membaca Al Quran dan memahami maksud dan isinya...
Subhanallah...maha besar Allah yang menjadikan sekalian makhluk dan alam...
No comments:
Post a Comment