Assalamualaikum buat semua teman2 bloggers..
sudah agak lama saya meninggalkan halaman ini kerana kesibukan tugas dan acara putar2 Padang dan Bukit Tinggi..hehehe..Sebagai organiser banyak perkara yang perlu saya ambil kira kerana bukan mudah untuk menguruskan mak2 orang seramai 32 org..but..it was really fun, unforgettable moments for all of us...pertama kali bepergian beramai2...
Terdapat 2 grup dalam rangka lawatan sambil membeli belah di Padang dan BUkit Tinggi ini. Grup pertama seramai 13 orang berlepas ke Padang pada 25hb Februari, grup terpecah dua angkara tiket2 yang dijual Air Asia mengalami kesilapan teknikal..bengong punya Air Asia..keh3..
Oleh kerana saya Ketua Rombongan..so pada subuh2 25hb saya menghantar grup yg pertama ke LCCT Sepang sehinggalah mereka selamat menaiki pesawat..
Setibanya saya di rumah mereka juga telah selamat mendarat di Padang..agak singkat kan?? sebab penerbangan cuma mengambil masa 45minit ke 50minit saja.
Grup yang kedua seramai 20 orang termasuk saya berlepas ke Padang pada 26hb Februari pada jam 7.40 pagi..dan kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Minangkabau, Padang pada jam 8.00 pagi waktu tempatan.. waktu di Malaysia dan Padang hanya berbeza 1 jam..waktu Padang lewat sejam dari Malaysia..
Sebaik tiba di Padang kami dibawa terus menuju ke Anai Valley, iaitu sebuah air terjun yang cantik terletak hanya di tepi jalan..mengikut kata Ujang (tour guide kami) air itu amat berkhasiat utk awet muda jika disapu ke muka..di mana kebenarannya tak tahulah saya..tapi terpengaruh juga lah dgn kata2 ujang so saya pun turut menyapu air dari aliran air terjun itu ke muka..manalah tau kot2 boleh awet muda..hahaha..
Bergambar di Anai Valley..posing maut tuu..kalau jatuh memang maut..hahaha
Selepas Anai Valley kami menuju ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang..di sinilah Den Wahab mendapatkan informasi mengenai kebudayaan Minang untuk teaternya..
Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang
Inilah Ita..kata Ujang ini adik ipar dia..yalah tuuuuu....hehehe
Banyak informasi yang kami dapat melalui penerangan Ita, keunikan rumah gadang dan setiap bilik2 di dalam rumah gadang itu mempunyai maksud yang tersendiri, memang menarik dan cantik dihiasi ukiran tangan yang amat unik.
Kami juga berpeluang memakai pakaian pengantin minang dengan bayaran yang amat murah..apalagi....kawan2 saya pun mulalah berposing maut dengan pakaian yang maha berat dan tebal di tengah2 panas tuu..nak cantik punya pasal ..hentam sajalah labuuuu..walaupun kebanyakan drp kwn2 saya tu dah lama jadi pengantin dan byk alignment dan balancing dah lari..wakakakaka....siksa saya melihatnya..
sabor jelah tunggu pengantin2 yang dah lari alignment tu keluar..hahaha
bolehlaaaaa.....asalkan korang puas hati...kuikuikui..
Dah penat dan berpeluh berposing kami pun menuju ke Restoran Pak Datuak/Pak Datuk yang cukup terkenal di Bukit Tinggi ni untuk menjamu selera dengan nasi padang yang terkenal dengan lauk pauk yang pelbagai...sedaaaap wa cakap luuu...hancuuuuusss diet saya selama 3 hari tuuu..huhuhu...
bergambar di hadapan Restoran bapak dan datuk mentua x jadi ku..ngeh3..
memang sedap2 dan pelbagai lauknya..manalah mampu aku menolaknya..huhuhu
Selesai sahaja menjamu selera maka bermulalah aktiviti menghabiskan duit...hahaha..kami menuju ke 3 buah butik sulaman untuk membeli belah telekung sulam goyang / ayak yang teramat halus dan eksklusif serta kain2 ela yang bersulam untuk baju kurung dan kebaya..apalagiiiiiii....shooooopppingggg time...yehaaaa.....
antara kain2 dan barangan yang bersulam dan harganya taklah semahal di Malaysia..shopping sakan kita org..
bergambar bersama tuan punya salah satu butik sulaman -- Cany Sulaiman
Selesai membeli belah sampai ke senja kami pun menuju ke hotel, berehat. solat dan keluar semula untuk makan malam..sesampainya di hotel terdapat orang yang berjualan di kaki lima hotel..mereka ini digelar peniaga2 Pasar Kaget..iaitu peniaga2 yang instant..bila mereka lihat ada tamu baru di hotel mereka dengan segera akan membuka kedai dan brg2 jualan di kaki lima..apalagi..kawan2 saya x habis2 lagi shopping..sebelum check in hotel sempat lagi shopping blouse, telekung, kain pelikat dan sebagainya yang jauh lebih murah dari harga di butik..hahaha..tipah tertipuuuu...blouse yang dijual di Malaysia pada harga rm35 di Pasar Kaget harganya cuma rm18 selepas urusan tawar menawar...huhuhu..saya pun beli gak..xleh tahaaannnn....
Pasar Kaget ini bukan sahaja terdapat di kaki lima hotel tempat kami menginap malahan tiap kali kami keluar untuk makan malam peniaga2 ini akan mengekori bas kami dan di mana kami berhenti untuk makan di situlah mereka membuka bahan jualan mereka....abih camno nak tahan hati daripada membeli..huhuhu... godaaaaaannnn...
inilah Pasar Kaget..kami pun turut kaget sebab peniaga2 ni begitu cepat membuka barang2 jualan mereka...ngeh3....tiba2 jer dah ada..hehehe
Hari kedua di Bukit Tinggi kami menuju ke Tasik Maninjau yang amat terkenal seawal jam 6 pagi kerana semalamnya kami berasa amat kecewa kerana tidak dapat melihat suasana romantis matahari terbenam kerana cuaca berkabus..walaupun hari ni tak dapat melihat suasana tersebut tapi sekurang2nya kami dapat melihat tasik itu yang terbentuk daripada kawah gunung berapi...dan kedalamannya melebihi 200 meter..dalam tuuuuu....
keindahan Tasik Maninjau...
Beginilah indahnya waktu matahari terbenam di Tasik Maninjau..kami terlepas peluang ini..(photo ihsan dari Ujang..tour guide kami)
Selepas puas menikmati keindahan dan mengambil photo di Tasik Maninjau, kami menuju ke Istana Pagaruyong iaitu istana Kesultanan Minangkabau..istana asalnya telah terbakar pada tahun 2008 dan istana baru masih dalam pembinaan, kami hanya berpeluang mengambil photo dari luar pagar. Selepas itu kami menuju ke Istana Peribadi waris kesultanan Pagaruyong tetapi sekali lagi kami tidak dapat masuk ke dalam istana kerana mesyuarat sedang berjalan..namun puas hati juga dapat berphoto di luar istana...sambil membeli ciku yang amat manis dan besar2 serta murah pulak tu yang dijual peniaga2 di dalam kawasan istana....beliiiii lagiiii....keh3
Istana Pagaruyong yang masih dalam pembinaan setelah istana asal musnah dalam kebakaran..
Istana salah seorang waris Kesultanan Pagaruyong
Bergambar di hadapan istana waris Kesultanan Pagaruyong
Selepas berjalan2 di sekitar istana kami menuju ke tengah2 sawah padi di mana terletaknya restoran untuk kami menjamu selera makan tengahari....makaaaaan lagiiiii....Nasi Padang....yessss....he3..Di restoran ini menunya agak unik kerana terdapat ikan bakar yang fresh dan ikan2 ini dibela sendiri oleh tuan punya restoran di dalam sawah yang dijadikan kolam...mmmm..saper tak makan ikan darat rugi besar oooooo....kih3..
Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Ngarai Sianok iaitu sebuah lembah yang terbentuk hasil daripada gunung berapi yang meletus dan terbelah menjadi dua..Lembah Ngarai terletak di tengah2 gunung berapi yang merekah itu...dan berdekatan dengan Ngarai Sianok ialah Lubang Jepang ataupun lubang jepun yang merupakan terowong yang dibina oleh Jepun semasa Perang Dunia Ke2..tetapi pembinaan terowong ini tergendalah apabila Jepun kalah semasa Perang Dunia ke2 tersebut.. Terowong ini amat luas dan menurut Ujang bas yang membawa kami juga boleh memasuki terowong itu..begitulah keluasannya....
Pemandangan Ngarai Sianok
Lubang Jepang
Destinasi kami seterusnya ialah ke Pusat Sulaman Hajjah Rosma, iaitu pusat mengajar anak2 muda perempuan di Bukit Tinggi dan sekitarnya tentang seni sulaman. Sulaman Hajjah Rosma terkenal dengan kualiti yang tinggi dan harganya agak mahal jika dibandingkan dengan butik2 sulaman yang lain.Hajjah Rosma menyediakan asrama untuk anak2 muda ini belajar ilmu sulaman dan ada juga negara2 lain yang turut menghantar pelajar2 ke Pusat Sulaman Hajjah Rosma ini untuk belajar termasuklah Malaysia..
Suasana di Pusat Sulaman Hajjah Rosma, Kerajaan Negeri Kelantan turut menghantar pelajar ke Pusat ini untuk belajar seni sulaman.
Destinasi terakhir kami sebelum balik ke hotel dan berkemas2 sebelum balik ke tanah air awal2 pagi esoknya ialah Jam Gadang iaitu mercu tanda Bukit Tinggi..Jam Gadang ini dipercayai dibina daripada putih telur..di mana kebenarannya Wallahualam min sawab..dah penat menaip malas nak jawab..keh3....
Akhirnya setelah sekian lama berchatting di ym berjumpa juga saya dgn As (wife ujang) tapi nasa begitu pendek untuk kami ketawa gembira mcm dalam ym..huhuhu
Inilah mercu tanda Bukit Tinggi...Jam Gadang
Bergambar kenangan di hadapan Jam Gadang
Maghrib hampir tiba..kami pun meninggalkan perkarangan Jam Gadang dan menuju ke hotel penginapan...balik mandi, solat dan bersiap pula untuk keluar menonton persembahan Tarian Minang oleh Kumpulan Sanggar Seni yang begitu terkenal di Bukit Tinggi, selepas menonton persembahan Ujang akan bawa kami untuk makan malam yang terakhir di Bukit Tinggi..Ujang dah janji nak belanja Bakso yg paling sedap di Bukit Tinggi dan belanja durian lagiiiii....yessss....
Selesai menonton persembahan tarian minang kami pun menuju ke tempat makan..Bakso... dan.....durian seperti yang Ujang janjikan...hahaha
Seronoknya makan durian free ek...he3..
So..selesai acara makan2 malam tu kami pun balik ke bilik untuk berkemas kerana seawal jam 4.30 pagi kami akan bertolak ke Minangkabau Airport, Padang kerana penerbangan kami balik ke Malaysia ialah pada jam 8.40 pagi...
Keesokannya..jam 4.00 pagi semua bagasi dikumpulkan untuk dimuatkan ke dalam bas yang nyatanya memang x muat bas..Astaga..apalah yg dia org ni borong sampai x muat bas...nasib baiklah ada Ujang..selamat lah kami semua...kalau tak pengsan bayar denda berat bagasi melebihi kuota..huhuhu...
Inilah Ujang..our best tour guide ever...we miss your jokes Ujang..the best joke ...Nang Kenek..akan ku kenang hingga akhir nanti..hahaha
Penghujung perjalanan ini saya bersyukur kerana inilah pertama kali saya mengendalikan rombongan ke luar negara sebesar ini dengan jayanya..Terimakasih buat semua teman2 yang menyertai dan juga Ujang yang banyak membantu..jelas sekali kegembiraan dan kepuasan hati yang terpamer pada wajah rakan2 semua..can't wait for the next tour....Jakarta - Bandung...huhuhu..ada yang dah daftar nama...he3...
Untuk mereka yang sudi membaca blog ini..terima kasih..untuk lebih banyak photo2 yang menarik silalah ke laman facebook saya...jumpa lagiiii....wassalam...
Jauh perjalanan... luas pandangan... bertambah pengalaman.. makin ramai teman..
No comments:
Post a Comment