Faces of Me

Faces of Me

What I say is.....

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi...:)

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Friday, December 5, 2008

Menanti Dalam Sepi

Menanti dalam sepi...
Sayangku…
Dalam ruang kamarku yang sepi ini aku duduk menyendiri melayan perasaan dan mengulit kembali cebisan-cebisan memori silam yang tak mungkin berulang kembali dalam hidupku kerana ia terlalu pahit untuk dikenang dan terlalu manis untuk dijadikan koleksi di dalam lipatan diari hidupku, kerana aku begitu takut ianya akan aku lupakan dan akan kulemparkan jauh dari kotak ingatan ini. Lantas aku mengambil keputusan untuk membuka kembali helaian-helaian diariku di saat-saat aku sedang bersendiri begini supaya segala memori semalam sentiasa segar dalam ingatan ini.Namun akhirnya memori itu membuat aku semakin terluka kerana semakin aku mengembalikan cebisan memori itu semakin itu jugalah hati yang sepi ini merindui belaian mesra darimu walaupun aku sedari ia tak mungkin aku miliki lagi...
Sayang…
Bagaimanakah jalan yang paling baik untuk aku melupakan memori-memori manis antara kau dan aku sedangkan ia sentiasa memburu langkah kakiku dan hadir didalam setiap mimpiku, dan tidak kurang jua ia menjadi teman setia di kala aku kesepian. Tapi terkadang kala mahu saja aku membenamkan ke dalam lautan agar ia tidak lagi mengganggu tidur ini, tapi ia masih mampu merenangi tepian hatiku, mahu saja aku membakarnya dalam lautan api agar ia terbakar hangus dan sisa-sisanya bisa diterbangkan angin pergi jauh dari hidupku tapi..sayangku..masih ada setitis embun simpati yang mampu memadamkan api itu lantas akhirnya aku yang kecewa dan terpaksa menerima walau telah jutaan kali aku mencuba..dan..jadilah aku seorang perindu yang mengharapkan sinaran kasih dari hatimu tapi bisakah aku mengecapinya semula sedangkan hati ini telah terguris luka.
Kekasihku…
Andai masih ada masa buatku meneruskan perjalanan hidup ini, akan ku cari tasik yang tenang untuk aku merehatkan langkah kakiku dan akan kubina sebuah danau yang indah walau tak seindah Taj Mahal untuk ku tinggalkan pada insan yang bakal singgah di tempat itu supaya mereka juga dapat merasakan ketenangan sebagaimana yang aku rasakan di tempat itu walau sedetik cuma. Akan kuikuti hujung pelangi agar dapat aku mengecapi keindahan yang sebenarnya dan akan aku tuliskan tafsiran keindahannya di dalam helaian diariku, supaya pabila aku sudah tiada lagi di dunia ini keindahan pelangi itu tidak menjadi satu misteri sebagaimana perjalanan hidupku ini yang tidak bisa ditafsirkan oleh sesiapa walaupun dirimu yang pernah membelai hatiku dan merungkaikan seribu kekusutan yang berlaku dalam jiwaku.
Ketahuilah olehmu kekasih…
Diri ini bukanlah mengharapkan belas simpati orang untuk meneruskan perjalanan hidup hingga ke destinasinya..tetapi hanya sekadar kepastian bahawa hatiku dan rasa cintaku pernah dimiliki oleh seseorang dan mampu membuatkan insan itu tertawa gembira tapi andainya belaian rasa cinta dari hati ini membuat insan yang lain kecewa maka maafkan aku kekasih kerana aku hanya mampu menerima sekeping rasa cinta dari seorang lelaki sahaja di dalam satu masa. Pintu hatiku hanya terbuka untuk seorang insan yang bisa membuatkan aku mengenal rasa kasih dan sayang dan bukannya kebencian kerana aku tidak mahu membenci dan dibenci.
Oh kasih…
Andainya kau merasakan kesepian di saat ini sebagaimana yang aku rasakan adakah kau ulit kembali memori indah ketika kita pernah bersama atau kau pergi mencari tasik yang tenang dan danau yang indah di mana di sana aku pernah singgah untuk mencari sedetik kedamaian. Andai kau temui tempat itu kasih.. jangan lupa untuk mengukir namamu di salah satu pepohon untuk membuktikan bahawa kau pernah berada di situ. Andai di satu masa nanti aku kembali ke tempat itu ketahuilah olehku bahawa hati bisa bersatu kembali. Semoga kau juga akan dapat menikmati keindahan hujung pelangi dan membaca tafsiran keindahannya yang kutinggalkan di dalam helaian diariku…
Nukilan 1985….

Sebuah Diari Penantian













Ketika Senja Kian Menyerlah
Berlalu Bersama Mega Merah
Debar-debar Dari Keresahan
Yang Diulit Kegelisahan
Tampak Kian Menyerlah
Ombak Di Tengah Samudera Nan Luas
Kulihat Kian Deras
Menuju Ke Pergigian Pantai
Yang Setia Menanti….Menyerak
Betapa Ombak-ombak itu
Hatinya Tidak Berperi
Namun Akhirnya Ia Pergi Jua
Meninggalkan Butiran Pasir Di Tepian
Namun…..
Di Penantian Ini
Segala Luka Dari Duri Yang Tajam
Segala Kehausan Dari Telaga Yang Ketandusan
Segala Badai Yang Melanda
Adalah Teman-teman Di Perjalanan
Walaupun Semakin Tipis….
Dalam Mencari Penantian
Dan Biarpun Gerimis Senja Berlarutan
Namun Saat itu Terluang Harapan
Bahagia Dari Penantian
Tetap kan Datang….

Shida Sham
05.04.08..-3.30am