Faces of Me

Faces of Me

What I say is.....

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi...:)

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Sunday, January 23, 2011

Aku akan berada di situ...


Saat tiada siapa mahu menemanimu..dan kau sangka tiada yang peduli..
Saat satu dunia pergi meninggalkanmu..dan kau sangka kau bersendiri..
Aku akan berada di situ untukmu..

Bila dia yg kau beri sepenuh perhatian lansung tidak memberi perhatian padamu..
Bila dia yang kau serahkan jiwa ragamu telah menghancur luluhkan hatimu..
Aku akan berada di situ untukmu…

Saat dia yang amat kau percaya telah curang padamu…
Saat dia yang selama ini kau kongsi memori cintamu telah melukai hatimu..
Aku akan berada di situ untukmu…

Bila kau memerlukan teman untuk mendengar luahan hatimu…
Bila yang kau perlukan adalah teman untuk menghapus airmatamu…
Aku akan berada di situ untukmu…

Saat jantungmu berdegup kencang hingga sukar bernafas…
Saat kau mahu didakap untuk merasakan kepanasan…
Aku akan berada di situ untukmu…

Bila kau mula menangis..saat mendengar lagu-lagu sedih…
Bila airmatamu gugur seakan tidak mahu berhenti..
Aku akan berada di situ untukmu…

Aku akan berada di situ untukmu hingga ke akhirnya…
Inlah janji-janjiku untukmu…
Andainya kau memerlukan aku di sampingmu…serulah namaku…
Aku akan berada di situ untukmu…