Faces of Me

Faces of Me

What I say is.....

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi...:)

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Saturday, February 20, 2010

Manusia bersifat binatang atau binatang bersifat manusia???

ANAK merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya. Namun krisis sosial yang semakin kronik telah menyaksikan banyak kes pembuangan bayi berlaku dalam ruang lingkup masyarakat Malaysia.

Malah apa yang lebih menyedihkan, bayi bukan sahaja diperlakukan seperti sampah tetapi juga menjadi barang dagangan untuk pihak-pihak tertentu meraih keuntungan melalui penjualan bayi.

Kehidupan generasi pada hari ini yang terlalu bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa batasan agama.

Terperangkap dengan jerat yang dicipta sendiri, pesalah-pesalah ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan atau menggugurkan kandungan mereka.

Semakin hari semakin banyak berita2 yang keluar di media cetak dan elektronik tentang kes2 pembuangan bayi, pembunuhan bayi, pengguguran bayi secara haram dan sebagainya. Aku tak tahu siapakah atau apakah yang bersalah di dalam hal ini. Semakin banyak berita2 yang keluar semakin banyak kes2 baru yang dilaporkan seolah2 berita2 yang keluar itu menjadi contoh kepada anak2 muda remaja atau sesiapa sahaja yang bersekedudukan, berkahwin tanpa nikah, melakukan seks dalam perhubungan yang haram, melakukan seks secara sumbang mahram atau sebagainya bagaimana untuk bertindak sekiranya si perempuan didapati mengandung.


Aku dah naik bosan dan jelak dengan berita2 sebegini. Tak tahu siapa dan apa yang nak disalahkan. Adakah sistem pendidikan kita yang salah? pemimpin yang salah, ibubapa yang salah, jiran2, rakan2 atau mereka yang terlibat itu sendiri yang patut disalahkan? Aku mempunyai adik2 perempuan, anak2 saudara perempuan, anak2 angkat perempuan, adik2 angkat perempuan, rakan2 perempuan dan saudara mara perempuan..tapi wajarkah aku meletakkan kesalahan itu kepada warga perempuan? kerana sekiranya tidak ada warga lelaki yang tidak mempunyai rasa bertanggungjawab, tidak ada pegangan akidah yang kuat, tidak ada iman yang kuat, tidak nampak bezanya antara pintu syurga dan neraka maka aku juga patut meletakkan kesalahan ini kepada warga lelaki @ jantan2 keparat @ makhluk yang dibekalkan oleh Allah s.w.t dengan 9 akal dan 1 nafsu yang terlalu mudah memperdaya warga2 wanita untuk dirosakkan. tapiiiiiiiiiii....warga wanita yang amat lemah @ mudah diperdaya @ yang dibekalkan oleh Allah s.w.t dengan 9 nafsu dan 1 akal juga patut disalahkan kerana kalau tidak adanya 1 maka tidak ada 2 kerana 2 itu berasal dari 1...mmmmm...

Membaca dan melihat gambar2 yang ditunjukkan di dada2 akhbar dan disiarkan di televisyen membuatkan aku menitiskan airmata kerana aku amat sedih dengan bayi tersebut dan mereka yang terlibat di dalamnya..Sungguh besar dosa yang dilakukan yang berpunca daripada satu dosa sebelumnya…maka bertimpa2lah dosa yang mereka tanggung hingga ke akhirnya..dan bayi2 yang tidak berdosa itu samada hidup atau mati menjadi mangsa yang tidak pernah mereka pinta…


Manusia semakin menjadi binatang atau binatangkah sebenarnya yang mempunyai sifat kemanusiaan?? Melihat kepada kucingku yang baru melahirkan 3 ekor anak dan aku sendiri tak tahu siapa bapanya kerana pada aku sudah sememanglah di alam binatang nikah itu tidak perlu..kerana binatang itu tidak dikurniakan akal seperti manusia yang mampu berfikir dan menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana dosa yang mana pahala..semuanya halal bagi mereka walaupun mereka dilahirkan daripada perut yang sama..mmmmm agaknya inilah yang cuba dipraktikkan oleh mereka yang melakukan dosa dan maksiat ini..cuba menjadi BINATANG…tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah s.w.t.

Mereka yang bergelumang dengan dosa dan maksiat ini tidak segan silu pula bertindak melebihi binatang dengan membuang bayi yang dilahirkan ke dalam tong2 sampah, lubang2 tandas, sungai, parit, meninggalkan di tepi2 jalan, di muka pintu surau dan sebagainya dan yang paling dahsyat dan di luar batas2 kemanusiaan ialah dengan membakar bayi yang tidak berdosa itu yang lahir daripada dosa2 yang ibubapa mereka lakukan sendiri… Nauzibillahhh…

Binatangkah yang bersifat kemanusiaan sekiranya manusia itu sudah hilang sifat2 mulianya? Atau binatang itu memang mempunyai sifat kebinatangan yang mulia yang tidak ada pada manusia? Binatang tidak akan pernah mencederakan anak2nya, membuang anak2nya, meninggalkan anak2nya di merata2 tempat..malahan binatang mempunyai sifat “protective” yang keterlaluan sekiranya ia merasakan ancaman di persekitarannya boleh mengganggu anak2nya.


Amat berbeza dengan manusia yang tidak berperikemanusiaan atau sudah dijalari dengan sifat kebinatangan yang memang binatang, anak2 dibuang, dirogol, didagang, bayi2 disumbat ke dalam tong sampah, lubang tandas, baldi dan sebagainya..tidak ada lansung sifat2 binatang yang mulia yang “protective” terhadap anak2nya..

Walaupun keluhan aku ini dan berjuta2 keluhan pihak lain di atas apa yang berlaku tidak akan menyekat perkara2 buruk, jahat dan tak bermaruah ini daripada terus terjadi..Inikah masyarakat yang kita mahukan? inikah generasi masa depan yang kita harapkan?

Aku hanya memohon kepada Allah s.w.t agar dibuka pintu hati mereka yang berniat untuk melakukan dosa dan maksiat agar sedar akan azab dan pembalasan Allah di akhirat..aku memohon kepada Allah agar dilindungi saudara maraku, anak2ku, anak2 saudara perempuanku, adik2 perempuanku, kakak2ku, sahabat2 perempuanku dan semua saudara2 seIslamku agar dijauhi dari dosa dan aib, agar ditetapkan hati dan iman, agar dipelihara maruah dan martabat mereka agar semuanya mampu meniti titian siratulmustaqim dengan hati yang lapang dan sama2 menuju ke pintu syurga…amin3..ya Rabbulalamin…Ya Allah..Ya Rahman..berilah pedoman kepada hamba2Mu agar terus mengikut ajaran NabiMu Muhammad s.a.w, agar kami mengamalkan yang Ma’ruf dan meninggalkan yang Mungkar…kepadaMu kami berserah Y a Allah…amiiinnnn….








Aku sayang anakku dan semua anak2 yang kukenali...