Faces of Me

Faces of Me

What I say is.....

Jika denyut nadi kita sama, bicara di hati juga serupa. Itu satu tanda pasti, kita mungkin serasi...:)

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Bersyukur di atas setiap kejadian yang dicipta Allah...

Monday, February 15, 2010

Tinta cinta dari wall facebookku...:)


Jangan pernah hadirkan cinta dengan paksa kerana ia laksana benih tanaman...hanya akan tumbuh pada tanah pilihan. Maka taburkanlah benih cinta di ladang kesucian jiwa..lalu siramlah dengan air kasih sayang...Agar tumbuh dan mekar ceria

Love brings many tears, regrets and heartbreaks. Be careful on who you pick, the one who truly loves you is the one that never says they will love you forever but love you until death do us part!

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kadangkala ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya

Seseorang yang mencintai kamu...Akan rela melepaskan kamu pergi bila bersamanya kamu tidah bahagia...Dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain

Seseorang yang mencintai kamu....Tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah....Karena dia tidak mau mengingkari janjinya....Dia ingin kamu untuk mempercayainya....dan dia ingin memberikan hidup yang paling bahagia kepadamu selama-lamanya

Untuk membina sebuah persahabatan kadangkala mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi untuk memusnahkannya kadangkala mengambil waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan..

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar saat kita rasakan rindu yang amat mendalam barulah kita tahu betapa besar dan bererti seseorang bagi kita.

Seseorang yang mencintaimu...Akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi...Dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri.

Manusia yang paling lemah ialah manusia yang tidak mahu mencari teman dan yang paling lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya

Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu kurang bila dibelanjakan dan ilmu itu bertambah apabila dibelanjakan.

Aku belajar dari matahari bagaimana menyinari, aku bertanya pada rembulan bagaimana meneduhkan, aku berguru pada angin bagaimana menyejukkan, dgn kerendahan hati aku saksikan bagaimana bintang menghiasi langit. Aku ingin menyinari hatimu, aku akan meneduhkan jiwamu, aku berharap dapat menyejukkan resahmu dan aku ingin menghiasi hatimu

Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.

Apabila kamu telah memberi banyak pengharapan kepada seseorang dan setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

Kata-kata yang terucap di bibir sebenarnya tidak dapat mencerminkan apa yang berlaku di sudut hati. Tiada kata-kata yang dapat meluahkan rasa cinta melainkan perasaan sayang dan cinta itu sendiri yang wujud dan dipamerkan secara semulajadi

Tatkala irama syahdu berkumandang Semakin terhiris sebuah kelukaan Mengenang kesetiaan dan kejujuran Dibalasi seribu persoalan Lantaran.. Kepastian disirami kekecewaan Cinta terkubur bersama impian

Tahukah kamu didalam hatiku,masih terpahat jelas namamu..Mengertikah kamu didalam hidupku,takkan ada yang bisa menghapus dirimu…Denganmu.Aku tahu bagaimana caranya menyayangi dengan tulus…Aku tahu bagaimana rasanya disayangi..Tanpamu…Aku tahu bagaimana rasanya peri dihati..Aku tahu rasanya hati yang hampa…Dan kini yang tersisa hanyalah sepenggal kenangan…Yg terlalu indah untuk dihapus…Yg terlalu sakit untuk dikenang…


Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?

Jangan menbuang waktu dengan menanti. Sesungguhnya menanti itu biasanya diiringi dengan kemalasan

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk mewujudkan kembali kepercayaan.

Cinta itu tidak untuk dicari melainkan cinta itu sendiri yg akan datang; Cinta itu tidak untuk ditemukan melainkan cinta itu sendiri yg akan mempertemukan; Cinta itu tidak untuk dirindukan melainkan cinta itu sendiri yg membuat kita merasakan kerinduan; dan Cinta itu tidak untuk ditakutkan melainkan cinta itu sendiri yg membuat kita takut akan kehilangan

Adalah lebih berbahaya menitiskan airmata di dalam hati dibandingkan menangis tersedu-sedu, Airmata yang keluar dapat dihapus, tetapi airmata yang tersembunyi mengguris luka yang amat dalam dan tidak akan pernah hilang.

Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan baik.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti; cintailah mereka seperti sungai kerana sungai mengalir selamanya


Through LOVE all that is bitter will be sweet Through LOVE all that is copper will be gold. Through LOVE all pain will turn to medicine. Through LOVE the dead will all become alive.

Its hard to pretend you love someone when you don't but its harder to pretend that you don't love someone when you really do.

Love is when you look into someone's eyes and see their heart.

Why do you say you love me, if you are only going to leave me?

If you love me, let me know. If not, please gently let me go...;)

Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya..

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya..

Cinta boleh membuatkan kita ceria, berbunga, mulia bahkan boleh mengajakmu ke syurga. Tapi cinta juga boleh membuatmu merana, kecewa, terlena dan hati menjadi buta.

Mata yang berasal dari unsur air memiliki sifat adil. Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya. Mulut boleh berdusta tetapi pancaran mata seseorang akan mengatakan yang sebenarnya....:)

Seandainya kita dicipta untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu. Namun seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu, walau dekat selalu kau takkan jadi milikku.

It hurts to love someone and not be loved in return, but what is more painful is to love someone and never find the courage to let that person known how you feel...


Akal mempertahankan perkara yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan perkara yang manis tapi pahit akibatnya.

Setitis kasih sayang yang diberikan kepada mereka yang memerlukannya akan begitu bererti dan memberi kesan kepada yang menerimanya..

What is Love? Love is Anger without Rage Love is Passion without Lust Love is Sadness without Sorrow Love is Seeing the Good side in Everything, without Losing Sight of the Ugly side. Love will only be as Beautiful or Painful as you wanted it to be. I am truly and deeply sorry for I have hurt someone’s feelings today..

THERE ARE MANY TYPES OF SHIPS. THERE ARE WOODEN SHIPS, PLASTIC SHIPS, AND METAL SHIPS. BUT THE BEST AND MOST IMPORTAINT TYPES OF SHIPS ARE FRIENDSHIPS."

Do all the goods you can, All the best you can, In all times you can, In all places you can, For all the creatures you can

Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri.

Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya


kamukah sahabat…yang menemaniku tika aku kesunyian? kamukah sahabat …yang memanggilku tika aku kehilangan arah? kamukah sahabat….yang membentengi tiap kelemahanku? kamukah sahabat …yang memapahku tika aku jatuh? sudikah kamu menjadi sahabat itu???

Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut

Hari ini sebelum kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Kita jangan selalu mengharap kerana harapan tidak pasti tertunai,tetapi kita boleh bersabar kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan, jangan menangis kerana gagal dalam cinta kerana manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Gelap itu ada lima perkara. Gelap hari kerana malam; Gelap mata kerana buta; Gelap otak kerana tidak berilmu; Gelap hati kerana tidak beragama dan gelap kehidupan kerana lemah ekonomi.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan.Tertariklah kepada seseorang yang dapat menbuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit kerana manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

It matters not who you love, where you love, why you love, when you love, or how you love, it matters only that you love.

You don't stop laughing because you grow old. You grow old because you stop laughing.;)

Intai-intailah resah di hujung tenangku..Cari-carilah gelisah di pinggir mesraku..

jangan memberi cinta pada yang tidak menerimanya atau kau akan kehilangannya pabila yang diharap pasti tiada....

jauh itu ada jarak yg terpisah, jauh itu ada jarak yang memisah, jauh itu dua insan yang terpisah, namun jauh itu ada rindu yang tak sudah..;)

TiDaK aDa KeJaYaAn yAnG MaNiS tAnPa pEnGoRbAnAn YaNg pAhIt

No comments: